in

Lepas Cuti Raya, Pelajar Sekolah Sambung Belajar Di Rumah Selama 2 Minggu – KPM

Collage 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, kluster Covid-19 yang melibatkan sekolah sejak akhir-akhir ini makin meningkat. Sehingga beberapa sekolah terpaksa ditutup bagi tujuan pembersihan.


Ekoran ini, Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah bagi memastikan situasi ini tak jadi semakin buruk selepas cuti perayaan Aidilfitri nanti.

Menerusi Facebook semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan, cuti raya Aidilfitri yang akan bermula pada 11 Mei ini akan dimulakan awal iaitu pada 7 Mei bagi Kumpulan A dan 8 Mei bagi Kumpulan B.

Radzi Md Jidin 757537 20191107143045

Kemudian, selepas cuti raya yang akan berakhir pada 15 Mei bagi Kumpulan A dan 16 Mei bagi Kumpulan B ini, pelajar sekolah di seluruh Malaysia akan meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah selama dua minggu.

Kemudian, pelajar akan teruskan dengan cuti penggal yang akan bermula pada 28 Mei dan 29 Mei selama dua minggu lagi.

Korang boleh rujuk jadual cuti sekolah dekat bawah ni:

175934344 2638733446423880 5521387605243749630 N

Dengan perancangan terbaru ini, Radzi Jidin berharap agar ia dapat mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku semasa musim perayaan yang bakal memberikan kesan dalam peningkatan kes jangkitan di institusi pendidikan.

Manakala Bernama pula melaporkan, pelajar-pelajar yang tinggal di hostel pula akan dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan teruskan pembelajaran atas talian di rumah selama dua minggu seperti yang diberitahu.

Korang rasa macam mana okey ke?

 

Baca: 79 Sekolah Di Selangor & 20 Sekolah Di Pulau Pinang Ditutup Ekoran Peningkatan Kes Covid-19

Screenshot 2021 04 27 At 11.06.45 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.