in

“Lepas bunuh menyorok bawah pelepah sawit” – Warga Asing Libas Perut Kawan Sampai Mati Sebab Bengang Suka Bazir Air

Ft Libaskawan

Seorang lelaki maut selepas dilibas dengan pedang oleh rakan serumahnya dalam satu kejadian di Ladang Malangking, Kinabatangan pada Sabtu lepas. Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang, mangsa telah dilibas oleh suspek di bahagian perut menyebabkannya mengalami kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail, kedua-dua mereka merupakan pekerja ladang dan kejadian itu disedari penduduk sekitar selepas mangsa berlari keluar dari rumah dalam keadaan berlumuran darah.

Tetak1

“Saksi-saksi sempat melihat suspek melarikan diri keluar dari pintu belakang rumah, namun tidak ada yang berani menahan suspek memandangkan suspek sedang memegang sebilah parang.”

“Mangsa sempat dikejarkan ke Hospital Kinabatangan oleh pekerja ladang. Walau bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan jam 10 malam.”

Sebelum meninggal mangsa sempat menceritakan tentang kejadian berkenaan kepada salah seorang saksi yang membawanya ke hospital. Menurut Berita Harian, semalam suspek telah berjaya ditangkap dalam kawasan ladang kelapa sawit di Melangking, Sukau kira-kira jam 4 petang.

Dzulbaharin Ismail berkata suspek dijumpai bersembunyi di bawah timbunan pelepah sawit dan sebelum penahanannya polis menerima maklumat suspek telah datang ke perumahan pekerja ladang untuk meminta makanan pada Ahad lepas.

Tetak2

Usaha mengesan suspek dipergiatkan di kawasan seperti dilaporkan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Selepas menjalankan pengesanan, suspek akhirnya berjaya dikesan bersembunyi di bawah timbunan pelepah sawit di ladang terbabit.”

Ketika ditemui, lelaki itu tidak berpakaian dan masih lagi memegang sebilah senjata tajam yang disyaki digunakan untuk menetak mangsa. Suspek bertindak agresif ketika cuba ditangkap namun berjaya ditahan dan senjata sepanjang 76 sentimeter turut dirampas.”

Tetak3

Siasatan lanjut mendedahkan suspek dan mangsa telah bertengkar sebelum dia bertindak melibat parang di bahagian perut kerana berang mangsa sering membazir air.

Mangsa berusia 30 tahun itu dikatakan suka membazir air sedangkan perumahan mereka selalu mengalami masalah bekalan air.

Baca: Teguran Bawa Padah, Lelaki Cedera Ditikam Rakan Hanya Kerana Suruh Tutup Radio

Tikam0

Sumber: Awani
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook