Penggunaan lemon dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia ni, boleh kata sesuatu yang agak common juga la kan? Kita pakai lemon untuk buat air, masak dan bermacam lagilah kegunaan buah dari keluarga citrus ni.
Lemon pun ada banyak jenis sebenarnya, tapi tahu tak ada satu jenis lemon yang diangkat sebagai lemon paling mahal di dunia? Kira dalam family lemon, dialah yang paling rare dan dianggap eksotik di Australia.
Sebab apa mahal? Sebab…
…sebab dia lain dari lemon yang kita selalu nampak tu. Inilah kelainan lemon yang disebut sebagai Finger Lime ni, bentuk dia dari luar nampak macam pickle pun ada. Tapi yang mahal tu, adalah pulpnya yang mirip telur ikan caviar!
Selalu caviar yang kita lihat diperoleh dari telur ikan sturgeon, tapi tak sangka — lemon pun boleh hasilkan caviar dia sendiri.
Rasa masamnya pula berbagai-bagai, bergantung kepada warna dan tahap ‘masak’ buah tersebut. Proses penjagaan pokok ini memerlukan perhatian yang rapi dan bila berbuah — ia tidak menghasilkan buah yang banyak. Kalau berhajat, bolehlah cuba lawat kebun-kebun Finger Lime di Perancis dan California sebab orang sana pun dah mula tanam buah ni.
Dan dek kerana begitu eksklusifnya lemon caviar ni, ia seringkali digunakan oleh para chef hebat di restoran-restoran bertaraf Michelin je ye. Harga bagi sekilogram buah ini boleh mencecah sehingga 300USD.
So, ada yang teringin nak mencuba?