in

Lelaki Tikam Isteri & 3 Ipar, Sakit Hati Dihina Berketurunan Tidak Baik

Tikam Isteri Ipar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat makan hati dengan hinaan isteri, seorang lelaki berusia 42 tahun menikam pasangannya itu di kepala dengan menggunakan gunting.

Insiden terbabit turut membabitkan tiga ipar lain yang turut ditikam sehingga membawa kepada kematian seorang daripada mereka.


Screenshot 2022 12 15 At 7

Suspek yang dikenali sebagai Jamaludin difahamkan bertengkar dengan isterinya di kediaman mereka di daerah Bakongan Timur. Menurut sumber, isteri suspek, Hafnidar, 41, telah menghinanya dengan menggelarnya suspek berasal daripada keturunan yang tidak baik.

Ketua Unit Siasatan dan Jenayah Balai Polis Aceh Selatan, Deno Wahyudi berkata, selepas menikam isterinya dengan menggunakan sebilah gunting di bahagian kepala, suspek turut menyerang adik iparnya, Mustawa yang cuba untuk meleraikan pergaduhan.

Dua lagi ipar suspek, Nurhadisah dan Ros Mawar juga ditikam ketika cuba membanu mangsa.

Ketiga-tiga mereka telah dibawa ke hospital. Pun begitu, Mustawa yang cedera di bahagian dada meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Dalam pada itu, suspek telah berjaya diberkas polis selepas pihak berkuasa dipanggil ke lokasi oleh jiran tetangga. Ketika penahanannya, suspek dilaporkan berjaya mencederakan seorang anggota polis dengan menggunakan sebilah parang.

 

Sumber: merdeka.com

Baca: Lelaki Tergamak Bunuh Isteri Guna Ular Tedung, Taknak Bercerai Sebab Kena Pulang Duit Hantaran

Bunuh Isteri Duit Hantaran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.