in

Lelaki Terkejut Beli Kabinet Dapur Terpakai, Terselit Sekali Sampul Berisi Lebih RM700,000

Lelaki Terkejut Beli Kabinet Dapur Terpakai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesetengah orang suka beli barang rumah macam perabot dan mesin basuh secara atas talian kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Ada juga yang lebih minat membeli barang terpakai sebab harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada harga asal.

Terbaharu, seorang lelaki yang membeli sebuah kabinet dapur menerusi platform atas talian eBay dikejutkan dengan penemuan wang tunai berjumlah hampir £130,000 iaitu RM707,800 di dalamnya, lapor Mirror.


Kabinet

Thomas Heller, 50, telah menemui sejumlah wang yang disimpan di dalam sampul surat yang ditinggalkan pada salah satu kabinet yang dibelinya dengan harga keseluruhan £250 (RM1,361). Dia bagaimanapun sedar yang dia tak dapat simpan wang sebanyak itu di rumahnya dekat Bitterfield, Jerman.

Thomas sebelum ini pernah berjaya mendapatkan harga murah untuk kabinet kayu yang dibelinya menerusi platform dalam talian, pada bulan ini. Kabinet terpakai yang dibelinya itu merupakan sebahagian daripada penjualan harta pusaka bagi pasangan warga emas di Halle.

“Satu sampul surat dibuka dan banyak wang tunai £100 (RM459)” – Thomas Heller

Lelaki tersebut kemudian membawa sejumlah wang itu ke balai polis berhampiran di mana mereka menemui sampul surat kedua dengan lebih banyak wang. Polis kagum dengan kejujuran Thomas dan terus melancarkan siasatan untuk menjejaki pemilik sebenar kabinet dapur itu.

Jurucakap Astrid Kuchta berkata bahawa 2 kotak wang itu tersembunyi dalam perabot yang sukar untuk dilihat. Penjual yang didedahkan sebagai cucu kepada pasangan warga emas berkenaan menjelaskan bahawa dia juga tidak tahu mengenai wang yang ditinggalkan.

Baca: “Berhabis RM17,000 Untuk Dapatkan Dapur Idaman, Tiba-tiba Kabinet Runtuh Lepas Dibina Tak Sampai 10 Tahun!”

Bawahh 2

 

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.