Seorang bapa sanggup terjun ke kawasan berlumpur di Jeti Pasar Bisik, Sungai Petani, Kedah dan meninggalkan anak lelakinya yang berusia 10 tahun kerana mahu mengelak daripada dicekup Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam satu operasi, hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi, lelaki itu dipercayai warga Nepal dikatakan terkejut melihat kehadiran anggota AADK Kedah yang melakukan serbuan Ops Cegah Khas 3.0 AADK Kedah yang bermula sejak semalam.
Artikel berkaitan : Ketum Boleh Jejaskan Otak, Jangan Jadikan Ubat – AADK
Artikel berkaitan : Ketagih Minum Air Ketum Punca Pelajar Makin Malas Ke Sekolah – AADK
Terjun dalam lumpur, biarkan anak sorang-sorang
Lelaki tersebut bagaimanapun berjaya melarikan diri ke sempadan Pulau Pinang berhampiran dengan jeti berkenaan dengan cara merangkak dalam lumpur.
Anak kepada lelaki tersebut mendakwa bahawa dia dan bapa datang ke jeti itu dengan menaiki motosikal sebelum bapanya itu terjun ke dalam lumpur.
“Ibu saya orang Indonesia tetapi dia tak duduk dengan kami, dia lari ikut lelaki lain.”
Menurut sumber, seorang lagi wanita berusia 31 tahun turut ditahan kerana didapati positif dadah jenis syabu dan ketika ditahan suami kepada wanita tersebut tiada di rumah kerana pergi ke laut untuk menangkap ikan.
Pengarah AADK Kedah, Khairul Anwar Ahmad, berkata seramai 37 individu menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati 35 daripadanya positif dadah dan ditahan untuk tindakan lanjut manakala dua lagi dibebaskan.
Sumber : Berita Harian