Korang rasa apa perasaan ahli keluarga bila dapat tahu anak atau isteri dorang kena langgar lari, lepas tu orang yang bertanggungjawab tu selamba je tinggalkan mangsa?
Menurut Nextshark, ada seorang lelaki bernama Zhang di China on the way nak balik ke rumah dia kat Zibo, daerah Shandong dengan sebuah van. Pada waktu tu, Zhang terlanggar sebuah scooter eletrik yang dinaiki seorang wanita dan kanak-kanak.
Zhang ni at that time memandu sambil mabuk, so bila dia terlanggar wanita dan kanak-kanak tu terus la dia cuak dan decide nak pecut tinggalkan dua orang mangsa yang dia langgar tu. Sebab panik sangat masa kejadian, lelaki tu terus tinggal je orang yang dia langgar tanpa periksa identiti mangsa.
Tapi rupa-rupanya wanita dan kanak-kanak yang dia rempuh tu sebenarnya anak dan isteri dia sendiri! Zhang hanya dapat tahu pasal identiti sebenar mangsa lepas pihak polis tahan dia kat rumah atas kesalahan langgar lari.
Selepas kena langgar dengan suami sendiri, isteri dan anak Zhang terus dikejarkan ke hospital lepas ada orang dengar pasal kemalangan tu dan hubungi ambulans. Malangnya, anak Zhang tak dapat diselamatkan dan meninggal waktu kat hospital. Isteri dia pulak cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal.
Lepas dapat tahu pasal ni, Zhang hanya mampu menangis, meraung dan salahkan diri sendiri. Zhang maklumkan pada polis dia sebenarnya keluar dengan anak dan isteri petang tu untuk dinner kat rumah saudara, tapi lepas tu dorang balik berasingan. Zhang balik guna van, isteri dan anak dia balik guna scooter.
So guys, kalau korang drive next time terutamanya waktu malam, sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling. Yang paling penting kalau korang accident, jangan langgar lari!
Baca: Lelaki Tak Hadir Perbicaraan Selepas Langgar 4 Beranak, Rupa-rupanya Kini Hidup Mewah di Korea