in

Lelaki Sanggup Ceraikan Isteri Talak 3 Kerana Bercinta Dengan Isteri Orang Mengaku Janda

Pagew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Sanggup Ceraikan Isteri Talak 3 Kerana Bercinta Dengan Isteri Orang Mengaku Janda
Loading
/

Kisah percintaan terlarang antara seorang lelaki yang sudah bergelar suami dengan wanita berstatus isteri orang semakin kerap kita dengar akhir-akhir ini. Bagaikan terbawa-bawa adegan drama di televisyen, ada suami yang sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak demi cinta kepada seorang wanita yang sudah sah menjadi milik lelaki lain.

Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki yang tergamak menceraikan isterinya dengan talak tiga dan meninggalkan empat orang anaknya atas nama cinta kepada seorang wanita yang lain. Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Sharel Al Hafiz, kejadian tersebut berlaku di Apartment Delima Intan, Bukit Mertajam sekitar jam 11 pagi semalam.


F7
sumber: facebook

Dalam video rakaman yang ditunjukkan, lelaki dikenali sebagai Fauzi itu dikatakan sedang berdua-duaan dengan seorang wanita bernama Fafa sewaktu diserbu oleh isteri dan anak-anaknya. Difahamkan, Fafa yang sudah bergelar isteri orang mengaku sebagai janda kerana mahu bercinta dengan Fauzi.

Tergamak meninggalkan tiga orang anak dan keluarga, Fafa dikatakan sanggup menipu suaminya semata-mata kerana mahu mengikut Fauzi. Rakaman video yang dipercayai dirakam oleh isteri Fauzi menunjukkan lelaki berusia 52 tahun terbabit kelihatan berang dengan situasi yang dihadapi tetapi ditenangkan oleh suami Fafa.

F6 1
sumber: facebook
F1 2
sumber: facebook

“Ini Fauzi, (suami aku) yang dah lepaskan aku dengan talak tiga,” kata isteri Fauzi dalam rakaman video tersebut.

Tidak selesa keadaannya dirakam, Fauzi memukul telefon yang berada di tangan isterinya sehingga jatuh ke tanah. Sebelum rakaman terhenti, Fauzi kelihatan seperti mahu memijak telefon tersebut. Video tersebut kemudiaannya berakhir di situ, namun terdapat satu lagi video menunjukkan isteri Fauzi bersama Fafa pula.

F2
sumber: facebook

“Ini Fafa, yang korang rasa janda, tapi masih isteri orang, berasal dari Sungai Petani.”

Sebelum mengakhiri rakaman video yang kedua, isteri Fauzi meminta orang ramai menilai sendiri perkara yang berlaku tersebut ke atas diri dan keluarganya.

F5 1
sumber: facebook

Jika benar apa yang berlaku, semoga Fauzi, Fafa dan keluarga masing-masing dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Kasihan pada anak-anak yang jadi mangsa keadaan.

Tonton situasi tegang yang berlaku di sini:

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Baca: “Layanan dia serius tiptop, tak macam isteri saya…” – Lelaki Kongsi Kisah Terlanjur Dengan Isteri Orang

Koko

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.