in

Lelaki Panik, Ingatkan Terperangkap Dalam Lif Tapi Rupanya…

f3 lif dua pintu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terperangkap di dalam lif terutamanya jika berseorangan adalah perkara yang paling ditakuti semua orang. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai fobia dengan tempat sempit atau klaustrofobia, memang boleh akibatkan serangan panik.

Mungkin itulah yang dialami oleh seorang lelaki ini apabila dia cemas kerana menyangkakan dirinya telah terperangkap di dalam lif.


Namun, apa yang menjadi perhatian ialah dia sebenarnya bukan terperangkap dalam lif sebaliknya tersalah pintu keluar lif.

Gelagat lelaki itu yang dilihat panik kerana pintu lif tidak terbuka meskipun telah sampai di aras yang dia ingin keluar dipercayai telah dirakam oleh kamera litar tertutup atau CCTV yang ada dalam lif berkenaan sebelum dikongsikan di Instagram oleh akaun log-kya.sochenge baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: “Dah sejam pun tak nak panggil bomba” – Keluarga Terperangkap Dalam Lif Pada Hari Raya Pertama

Artikel berkaitan: “Scariest moment ever” – Gadis Kongsi Pengalaman Terkena ‘Anxiety’ Lepas Terperangkap Dalam Lif

Dalam video yang berdurasi selama 29 saat itu, dapat dilihat lelaki berkenaan menunggu pintu lif yang berhadapan dengannya terbuka kerana dia telah sampai di aras yang dimahukannya.

5 1

Namun, dia panik kerana pintu lif itu tetap tidak terbuka dan dia dilihat mencuba untuk membuka pintu lif itu secara manual menggunakan tangan.

Tidak lama kemudian, baru dia perasan bahawa pintu lif yang terbuka adalah pintu yang dibelakanginya apabila ada individu lain yang nak masuk ke dalam lif itu. Rupa-rupanya, lif itu mempunyai dua pintu iaitu pintu depan dan pintu belakang.

7 1

Mungkin dia baru pertama kali datang ke bangunan tersebut, jadi dia pun mungkin tak tahu yang lif kat situ ada dua pintu kot. 

Sumber: Instagram @log-kya.sochenge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.