in

Lelaki OKU Hilang Kad Bank Buat Laporan Polis Namun Tidak Diterima Kerana Status Kurang Upaya

Aaaa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki OKU Hilang Kad Bank Buat Laporan Polis Namun Tidak Diterima Kerana Status Kurang Upaya
Loading
/

OKU merupakan istilah yang diguna pakai oleh golongan yang mempunyai kekurangan dari segi fungsi dan keupayaan. Namun kekurangan yang dihadapi bukanlah alasan bagi masyarakat untuk tidak melayan mereka dengan sama rata. Takde siapa minta dilahirkan sebegitu.


Malangnya, seorang lelaki OKU melalui pengalaman tersebut apabila laporan yang dibuatnya tidak diterima oleh pihak polis gara-gara berstatus kurang upaya. Hmm tak adilnya!

21371227 10209785278128769 1114979814408004 N
sumber: facebook

Menurut satu perkongsian oleh Putra Azwan di Facebook, kejadian berlaku apabila adik sepupunya yang berstatus OKU telah dirompak oleh seorang lelaki di sebuah pusat beli belah yang terletak di Kuala Lumpur.

Menurut Putra, perompak tersebut yang juga berstatus OKU telah mengambil dua kad bank milik adik sepupunya dan mengeluarkan wang sejumlah RM 1,700 dari akaunnya.

Berang dengan tindakan lelaki tersebut, Putra bertindak untuk menuntut bela bagi pihak adik sepupunya dengan meminta bantuan rakan-rakannya yang lain mencari lelaki berkenaan.

21371034 10209785278288773 1095458813076033917 N
sumber: facebook

Selepas berjaya menangkapnya, Putra kemudian membawa lelaki tersebut ke balai polis Tun H.S Lee supaya tindakan lanjut dapat dilakukan oleh pihak polis. Malangnya, laporan yang dibuat oleh Putra ditolak oleh pihak polis atas alasan bahawa kedua-dua suspek dan mangsa berstatus OKU. Kenapa macam tu pulak ye?

Putra juga menambah bahawa dia cuba menerangkan kejadian tersebut dengan turut menunjukkan bukti dua kad bank milik adik sepupunya bersama lelaki berkenaan. Namun mereka tetap tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap lelaki tersebut.

Dalam perkongsiannya, Putra juga mempersoalkan adakah orang yang berstatus OKU diberi pelepasan untuk melakukan jenayah.

Apa perlu saya buat jika selepas ini adik sepupu saya diugut dan terus diganggu?”

21317732 10209785278608781 6553645848715140169 N
sumber: facebook

Bagaimanapun, perkongsian Putra itu kemudiannya ditepis oleh pihak polis dengan mengatakan apa yang berlaku di balai polis adalah sebaliknya, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, lelaki berkenaan (Putra) yang tidak mahu membuat laporan dan bukannya pihak kami yang tidak mahu menerima laporan.

“Dia (Putra) datang bersama OKU yang didakwa mencuri wang dan kad ATM milik adik sepupunya. Anggota polis yang bertugas ketika itu, meminta Putra menceritakan kejadian bagi tujuan membuat laporan polis dan supaya siasatan terperinci dapat dijalankan.”

Putra kemudiannya keluar dari balai untuk berbincang bersama rakannya dan selepas itu memberitahu pihak kami bahawa dia tidak mahu membuat laporan polis kerana ingin berbincang dengan individu lain.

Hmm jadi mana satu yang betul ni? Macam-macam! Kami harap agar kedua-dua Putra dan pihak polis dapat selesaikan masalah ini sebaik mungkin dan pembelaan yang sewajarnya dapat diberikan kepada adik sepupu Putra.

Baca: Budak Kurang Upaya Diikat di Perigi Selama 10 Tahun Kerana Keluarga Tidak Mampu Bayar Upah Penjagaan

Capture 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.