in

Lelaki Menangis Kebingungan, Sesat 6 Jam Ketika Balik Beraya Sebab Ikut Waze

Sesat 6 Jam Ikut Waze

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan, teknologi masa kini dapat membantu manusia dalam melakukan aktiviti seharian dengan lebih mudah.

Misalnya, kalau dahulu pemandu terpaksa menggunakan peta atau bertanya kepada penduduk setempat tentang arah sesuatu kawasan, kini tak perlu lagi dengan adanya pelbagai aplikasi penunjuk arah.


Namun, ada kalanya timbul cerita kurang enak ketika mengikuti aplikasi tersebut seperti yang dialami oleh seorang penunggang motosikal ini.

Artikel berkaitan: Ramai Kongsi Pengalaman Waze Kena ‘Hack’ Dengan Hantu, Bawa Jalan Ke Kubur

Artikel berkaitan: “Cari lain, jumpa lain” – [VIDEO] Minyak Kereta Nak Habis, Waze Bawa Ke ‘Pejabat’ Pula

Sesat 6 jam dalam kebun getah

Lelaki berusia 32 tahun ini tersesat di kawasan kebun getah di Felda Teloi Kanan, Kedah selama lebih enam jam.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira 1 pagi ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah abangnya di Sungai Petani selepas beraya di rumah rakannya di Sungai Lalang.

Dia bercadang mahu menumpang tidur di rumah abangnya dengan berpandukan aplikasi Waze, namun tersesat sehingga masuk ke kawasan kebun getah.

2643229

Menurut bomba, pihaknya menerima panggilan mangsa kira-kira jam 7 pagi. Mangsa mendakwa telah menggunakan aplikasi Waze dan berulang kali melalui jalan yang ditunjukkan, tetapi buntu sehingga memasuki kawasan yang tiada liputan telekomunikasi.

“Sehingga jam 7 pagi, mangsa cuba mencari kawasan yang boleh dihubungi seterusnya membuat panggilan kecemasan meminta bantuan bomba,” katanya.

Menurut bomba, mangsa ditemui pada jam 8.10 pagi jauh ke dalam hutan lebih kurang 10 kilometer dari jalan raya dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis akibat panik dan kebingungan.

Katanya, mangsa juga mendakwa terdengar bunyi binatang buas dan ‘lembaga’ sepanjang berada di dalam kebun getah.

2643226

Lelaki itu mengalami luka-luka kecil telah dihantar ke Klinik Kesihatan Teloi Timur untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.