Islam merupakan agama kedua terbesar di dunia, maka tidak hairanlah jika terjumpa orang Islam di luar negara.
Di selatan Pulau Jeju, jauh dari resort percutian dan pantai tumpuan pelancong, seorang lelaki yang bekerja sebagai penternak ikan menyediakan santuari rohani kepada pekerja asing beragama Islam.
Nasir Hong-suk Seong, 35, yang berasal dari Korea Selatan, mengambil langkah murni mengubah suai sebahagian kediamannya menjadi surau.
Artikel berkaitan: Tersalah Lepaskan B*m Di Kawasan Perumahan, Juruterbang Tentera Udara Korea Selatan Berdepan Hukuman Berat
Artikel berkaitan: Syarikat Gaming Korea Hadiahkan Semua Staf PS5 Pro Beserta Bonus Untuk Hargai Pekerja
Ruang berkarpet serta lengkap berlampu itu menjadi tempat umat Islam di pulau terpencil Korea Selatan untuk mendirikan solat, berehat dan merasa dihargai.
Dikenali sebagai ‘Hawaii Korea Selatan’, Pulau Jeju lebih sinonim dengan keindahan gunung berapi dan pantai yang memikat pelancong berbanding tenaga kerja asing.
Satu-satunya masjid di pulau itu adalah di Bandar Jeju, lebih sejam jika memandu dari pantai selatan yang juga tempat di mana ramai migran beragama Islam.
“Pekerja ternakan ikan ada sentiasa bekerja 24 jam, jadi mereka tidak boleh meluangkan masa untuk pergi ke masjid untuk solat Jumaat.
Ketika saya mula-mula datang ke sini, saya bertanya di mana mereka solat. Saya sangat sedih apabila mendengar hampir mustahil untuk mereka menghadiri solat Jumaat dan mereka kebanyakannya solat di sudut bilik asrama kecil mereka,” katanya.
Di sebalik tarikan semula jadinya, ekonomi pulau itu kini semakin bergantung kepada tenaga buruh asing kebanyakan mereka lelaki Muslim dari negara Indonesia, Pakistan dan Sri Lanka.
Wilayah Jeju melaporkan kehadiran seramai 3,567 pekerja asing sepanjang tahun 2024.
Sumber: Arab News