in

Lelaki Kantoi Guna IC Palsu & Kerja Sebagai Guru Di Sabah Sejak 29 Tahun Lalu

Ic 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki di Tenom, Sabah ditahan polis gara-gara memiliki kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai guru sejak 29 tahun yang lalu. Dia dipenjara selama 10 bulan dan dikenakan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam (22 Januari 2024).

‘Guru’ mengaku bersalah miliki IC palsu

Ic 1

Dia yang bernama Ridal Abdul Kadir berusia 53 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan dijatuhkan hukuman oleh majistret Nur Asyraf Zolhani.


Hukuman dijalankan bermula tarikh tangkap pada 29 Januari lalu dan akan dikenakan penjara tambahan selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Walau bagaimanapun, dia telah membayar denda tersebut.

Artikel berkaitan: “Penat mak buat” – Murid Segan Bawa Keluar Makanan Jamuan, Ramai Terharu Tindakan Guru Ini

Artikel berkaitan: Kieda Crepe Bagi Saguhati Untuk Guru & Pengasuh Anak, Tapi Ada Netizen Tak Puas Hati?

Dalam pada itu, peguam yang mewakili tertuduh meminta pihak mahkamah agar hukuman diringankan kerana sepanjang 29 tahun mengajar di sekolah tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah dan sentiasa berkelakuan baik dan mengaku salah dalam kes berkenaan.

Kad pengenalan asal status pemastautin tetap

Berita Harian melaporkan, pada 29 Januari lalu jam 11.30 pagi, satu pemeriksaan telah dijalankan oleh pihak berkuasa di sekitar kawasan letak kenderaan kuarters guru sekolah sebelum lelaki itu ditahan kerana mempunyai kad pengenalan palsu bernombor 700711-12-5369 atas nama Ridal Bin Abdul Kadir.

Pemeriksaan lanjut oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati tertuduh menggunakan kad pengenalan palsu berstatus warganegara sedangkan kad pengenalan asal adalah bertaraf permastautin sementara. Dia disyaki menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai guru di sekolah tersebut.
Tertuduh juga memiliki Dokumen Pengenalan Sementara dengan nombor dan nama yang sama serta daftar kelahirannya adalah bukan warganegara.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.