in

Lelaki Hampir Ditipu Sebanyak RM100 Ketika Tambah Nilai Kad Touch n Go

2017 11 4 11 13 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cerita ini penting untuk kita ingat supaya sentiasa berwaspada dan peka.


Seorang netizen dari Johor Bahru kongsi kisah di media sosial kelmarin mengenai kisah bagaimana dia hampir ditipu ketika tambah nilai kad Touch n Go. Menurutnya, dia hampir ditipu sebanyak RM100!

T
gambar hiasan

Ketika kejadian, lelaki berkenaan tambah nilai kad Touch n Go tersebut di plaza tol Bidor, Perak. Sambil memberitahu dengan jelas jumlah untuk ditambah nilai, dia menyerahkan RM200 kepada jurutol di situ.

Seperti biasa, selepas selesai transaksi tambah nilai, jurutol itu memulangkan semula kad berkenaan kepadanya. Lelaki itu kemudian menyedari bahawa jumlah selepas tambah nilai di dalam kad itu adalah RM167.92 walhal ia sepatutnya berjumlah RM267.92.

Http://Www.worldofbuzz.com/Wp-Content/Uploads/2017/04/Shocked-1.Gif?X82567

Sangat jelas di atas resit itu menunjukkan bahawa jumlah tambah nilai sebanyak RM100.

Tanpa melengahkan masa, lelaki itu segera menjelaskan isu berkenaan kepada jurutol tersebut.

Tol2
sumber: world of buzz

Kemudian barulah jurutol itu meminta maaf dan tambah nilai semula bagi RM100 selebihnya.

Jika saya tidak periksa, wang yang diperolehi hasil titik peluh sendiri mungkin akan berada di dalam poket orang lain,” kata lelaki itu.

Netizen yang membaca kisahnya turut berkongsi pengalaman mereka lalui situasi sebegitu.

Perkara yang sama pernah terjadi kepada saya sebelum ini. Saya mahu tambah nilai RM300 tetapi jurutol itu hanya tambah nilai sebanyak RM200,” komen seorang netizen.

Jadi, berhati-hati semua. Meskipun adakalanya mungkin perkara itu sesuatu yang tidak disengajakan, yang penting anda periksa resit yang diberikan selepas tambah nilai.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.