Baru-baru ini, ada sebuah klip video viral di media sosial di Jakarta. Di dalam video tersebut, seorang lelaki telah ditahan polis ketika sedang berada di panggung wayang bersama teman wanitanya.
Kenapa? Sebab dia baru sahaja selepas mencuri motorsikal!
Video dipaparkan di dalam Instagram @terangmedia itu dikatakan berlaku di Indonesia.
View this post on Instagram
Dalam klip tersebut, ada beberapa orang polis bertindak menahan lelaki yang sedang duduk menonton wayang.
Pemuda itu kelihatan pasrah ketika ditahan. Polis kemudian memeriksa badannya sebelum dibawa keluar dari lokasi kejadian.
Nampak kelakar bukan? Namun, komen netizen nyata lebih menghiburkan!
“Kenapa polis tak tunggu sahaja filem habis baru tangkap?” Komen netizen bersahaja. Amboi!
Ada juga yang kata ini hanya prank semata-mata!
Aduhai, macam-macamlah netizen ni.
Sumber: Kosmo
Baca: Polis Siasat Video Tular Anggota Salam Berisi Dengan Orang Awam Dalam Keadaan Mencurigakan