Seorang lelaki yang berhijrah dari Hong Kong ke Singapura telah didenda sebanyak SGD 2,500 (kira-kira RM 8,300) oleh mahkamah selepas dia mengaku bersalah meninggalkan kucing peliharaannya di sebuah lobi lif apartment di Bukit Batok pada Oktober 2021.
Lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dimana dia telah melanggar kewajipan sebagai pemilik haiwan dengan meninggalkan kucing peliharaanya di lobi lif sebuah apartment berhampiran kediamannya.
Memetik laporan CNA, lelaki itu telah meninggalkan kucing baka British Shorthair miliknya yang bernama Bao Bao dengan kelengkapan seperti makanan dan air minuman. Tertuduh juga meninggalkan nota yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin yang menyatakan nama kucing, baka dan status kesihatannya.
Pihak Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Singapura (SPCA) telah menyelamatkan Bao Bao dan mendapati kucing itu dalam keadaan fizikal yang baik. Melalui siasatan yang telah dijalankan, lelaki itu telah meninggalkan Bao Bao di lobi sebelum keluar untuk makan tengah hari.
Dalam prosiding mahkamah, lelaki itu memberitahu telah membeli Bao Bao di Hong Kong ketika berusia dua bulan dan tinggal bersamanya lebih tiga tahun.
Walau bagaimanapun, selepas berpindah ke Singapura pada November 2021, Bao Bao mula mengganas dan bersikap agresif dengan sering menyerang kucing dan anjing peliharaannya. Sikap ganas yang ditunjukkan Bao Bao itu bermula pada Mei 2021 dan belarutan selama tiga bulan.
Akibat tidak tahan dengan perangai Bao Bao yang berubah menjadi ganas itu, tertuduh nekad untuk meninggalkannya di lobi apartment yang terletak berhampiran dengan kediamannya.
Tertuduh yang diwakili peguamnya, Chung Ting Fai, memohon maaf dan berkata perbuatannya adalah satu kesilapan dan menyedari perbuatannya itu telah menyalahi undang-undang di Singapura.
Sumber: CNA