in

Lelaki Di Thailand Kantoi Seksa Kucing Jalanan Di Hotel, Simpan Dalam Peti Ais Siap Rakam Lagi!

Kuc6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lelaki ini claim sebagai ‘pencinta kucing’ tapi kantoi seksa haiwan tersebut.


Shi Hang, 30 tahun ditangkap oleh polis setelah pekerja hotel melaporkan kes penderaan haiwan ke pertubuhan kebajikan haiwan, Wathdog Thailand.

Pertubuhan itu kemudiannya membuat laporan balai yang menjurus kepada penangkapan Shi Hang.

Menurut Harian Metro, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas salah seorang kakitangan hotel menemui haiwan itu dalam keadaan masih bernyawa di dalam peti ais semasa lakukan kerja pembersihan.

Dia disyaki menyeksa kucing jalanan.

Selain kucing itu, pekerja terbabit turut menemui tompokan darah dan cebisan bulu kucing di dalamnya.

 

Jumpa bukti dalam handphone suspek

Sejurus penangkapan dibuat, polis menjumpai beberapa gambar dan video menunjukkan suspek telah melakukan kekerasan terhadap haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, suspek berkeras menyatakan bahawa dia adalah pencinta kucing.

Kuc2

Tempoh kucing tersebut dikurung dalam peti ais masih tak dapat dipastikan. Yang pasti, suspek sudah menginap di tiga hotel sejak tiba di itu pulau berkenaan pada 5 Oktober lalu.

 

Baca : “Harap dia kena hukuman berat” – Suspek Hempas Kucing Serah Diri di Balai Polis Setapak

Kuc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.