in

Pemuda Di China Belanja RM1.85 Juta Untuk Bina Rumah Crayon Shin-Chan Di Dunia Nyata

Crayon Shin-Chan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Animasi Crayon Shin-chan merupakan antara kartun yang menjadi peneman setia kita ketika zaman kanak-kanak dulu.

Tahukah anda, seorang peminat kartun Shin Chan dari China telah membelanjakan 3 juta Yuan (sekitar RM1.85 juta) untuk membina rumah Shin Chan di dunia nyata?


Memetik laporan Record China, pemuda itu telah membina rumah keluarga Nohara dalam kartun Shin Chan itu di kampungnya di wilayah Zhejiang, China.

@twygjp

天吶!蠟筆小新的家被1:1搬進了現實 蠟筆小新

♬ 原聲 – 爆款產品,生活好物 IG:twygjp – 爆款產品,生活好物 IG:twygjp

Artikel Berkaitan: “Menggamit memori betul”- Ini 8 Kartun Yang Kita Selalu Layan Ketika Kecil-kecil Dulu

Artikel Berkaitan:  Imbas Kembali, Ini 5 Anime Yang Bakal Buat Anda Rindu Zaman Kanak-Kanak

Rumah tersebut yang kini telah siap telah menjadi tarikan pelancong di kampung tersebut.

Difahamkan, untuk memastikan rumah Shin Chan itu dibina semirip yang boleh dengan rumah dalam kartun tersebut, pemuda itu dan pasukan kreatifnya telah melawat ke agensi pelesenan karya Crayon Shin Chan untuk mendapatkan kebenaran untuk membina replika rumah berkenaan.

14 1

Setiap perabot dan bahan pembinaan rumah Shin-chan itu perlu ditempah khas kerana dia mahu setiap perincian di dalam rumah tersebut mirip dengan rumah di dalam kartun itu.

Difahamkan juga, Shen turut menerima bantuan dari segi kewangan dari ibunya untuk menjadikan rumah Shin Chan di dunia nyata itu.

15 2

Projek pembinaan rumah Shin Chan itu telah dipuji ramai terutamanya penduduk kampung tersebut kerana kini desa tersebut menjadi tarikan pelancong.

Pada masa akan datang, dia turut merancang untuk membina replika tadika Shin-chan pula untuk memberi peluang kepada peminat kartun itu untuk melihat sendiri replika bangunan yang sebelum ini hanya dilihat di kaca televisyen.

Sumber: Record China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.