in

Lelaki Cucuk Puntung Rokok Pada Lengan Isteri Kerana Pakai Baju Blaus Berlengan Pendek

Pagelah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai warga asing yang berhijrah ke Malaysia dengan harapan mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Walaupun ada yang terpaksa bersempit dalam tempat buruk dan kotor, mereka tetap bertahan untuk mencari rezeki demi sesuap nasi. Dalam satu program dianjurkan Tenaganita baru-baru ini, seorang wanita warga asing telah berkongsi kisah didera oleh suaminya.


Menurut Free Malaysia Today, seorang wanita dikenali sebagai Lila (bukan nama sebenar) dari Bangladesh telah berkongsi kisah dia berhijrah ke Malaysia pada tahun 2009 untuk mengubah nasib keluarga. Pun begitu, harapannya untuk memperbaiki kehidupan berkecai setelah bertemu seorang lelaki.

O5
gambar hiasan

Penderitaan Lila yang telah kematian suami dan bapa bermula apabila dia mengahwini seorang lelaki yang dikenalkan oleh abangnya. Abang Lila menyuruhnya berkahwin dengan lelaki tersebut yang juga berasal dari Bangladesh supaya dia dapat menjaga Lila. Pun begitu, malang tidak berbau kerana lelaki itu bukan sahaja kaki perempuan malah kaki pukul juga!

“Saya ikut sahaja permintaan abang saya kerana niat dia baik,” kata wanita itu yang mempunyai anak hasil perkahwinan sebelum ini.

Lila yang mengahwini lelaki berusia 42 tahun itu tidak tinggal bersama anak perempuannya selepas berkahwin kerana si suami memungkiri janji untuk membantu menjaga anaknya. Selain itu, lelaki tersebut kerap kali memukul Lila kerana tidak menjalankan tugasnya sebagai isteri.

O3
gambar hiasan

“Bila pulang ke rumah lepas seharian bekerja, saya perlu sediakan tuala, air sejuk dan makanan panas atas meja. Kalau saya tak buat semua tu, dia akan pukul saya.”

Bukan sahaja gemar memukul isteri, lelaki tersebut juga pernah mencederakan Lila dengan puntung rokok atas alasan tidak suka melihat cara pemakainan isterinya pada waktu itu.

“Waktu tu saya pakai baju blaus lengan pendek dan dia kata pakaian saya terlalu terdedah.”

Bukan setakat penderaan fizikal, Lila juga menderita penderaan mental kerana si suami kaki perempuan itu rupanya mempunyai isteri yang kedua. Lebih teruk, Lila langsung tidak tahu akan hal tersebut.

“Saya tahu dia ada banyak teman wanita. Dia pernah tak balik rumah dua hari berturut-turut. Suatu hari dia beritahu ibu bapanya di rumah kami yang dia sudah berkahwin lagi. Saya tak tahu langsung,” kata Lila sebak.

Jauua
gambar hiasan

Mengetahui kejadian malang yang menimpa adiknya melalui seorang rakan, si abang menangis dan menyalahkan diri sendiri kerana menyuruh Lila berkahwin dengan lelaki tersebut. Abangnya yang berjanji akan melindungi Lila, tidak mahu lagi Lila kembali kepada lelaki kaki pukul tersebut.

Berdasarkan perkongsian Lila, pengarah Tenaganita Glorene Das menyatakan bahawa keganasan terhadap isteri seringkali berlaku dalam rumah tangga yang membudayakan patriarki. Oleh sebab itu, Tenaganita wujud bagi memberi kesedaran terhadap hak-hak wanita.

Wanita kena sentiasa berjaga-jaga supaya tidak mudah tertipu dengan lelaki kaki pukul macam ni dan keganasan terhadap wanita tidak wajar dibudayakan walau di negara mana sekalipun.

NOTA: Gambar digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: Suami Pukul Kepala Isteri dan Anak Guna Penukul Kerana Mengamuk Dikejutkan Dari Tidur

O2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.