in

Lelaki Bunuh Serta Kerat Jari & Telinga Wanita Dengan Kejam Kerana Tolak Lamarannya

Feat 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni banyak betul kes orang tolak lamaran atau cinta mesti end up nak cederakan orang tu? Apa masalah sebenarnya?


Sama macam kes yang berlaku di Turki ni. Menurut Mirror, seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh kekasih selepas wanita ini tolak lamaran perkahwinannya.

Polis telah lancarkan siasatan pembunuhan selepas mayat seorang wanita ditemui di sebuah pangsapuri percutian di Istanbul, Turki.

1 Pay Asiawire Afghaniwomanmurderer 02

Kalau korang nak tahu, mayat wanita ini hanya ditemui selepas jiran terhidu bau busuk dari tingkat tiga pangsapuri tersebut sebelum bertindak menelefon pihak polis.

Polis telah memecah masuk rumah tersebut dan menemui mayat seorang wanita dengan telinga dan jari yang telah dikerat di bawah sofa bed.

1 Pay Asiawire Afghaniwomanmurderer 03

Wanita malang ini dikenalpasti sebagai Najia Arabzai berusia 25 tahun yang berasal dari Afghanistan dan dia mati kerana dicekik.

Polis kemudian menahan seorang suspek Zivar Gol R, 29 tahun juga dari Afghanistan selepas seorang pemandu teksi mengatakan dia menjemput lelaki ini dari pangsapuri tersebut.

Media tempatan mengatakan suspek memberitahu polis dia telah membunuh Najia kerana wanita ini telah menolak lamarannya.

Nak dijadikan cerita, polis mendapat tahu yang Zivar ni sudah pun berkahwin dan tinggal bersama isterinya di Istanbul. Dia tak nak jadi bini nombor dua kau lah tu, tak kan tak faham?

Zivar masih dalam tahanan polis dan kes masih dalam siasatan.

 

Baca: Lelaki Rogol dan Paksa Wanita Minum Gam Kerana Sakit Hati Lamaran Ditolak

Screenshot 2019 04 09 At 10.47.16 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.