in

Lelaki 40 Tahun Ditemui Maut, Keluarga Dakwa Pemilik Rumah Sengaja Kunci Dari Luar

Ft Lelaki Ditemui Maut

Teka teki mengenai bau pelik dari sebuah unit kediaman kondominium di Petaling Jaya terjawab selepas pihak polis menemui mayat seorang lelaki berusia 40 tahun di tempat kejadian.

Pun begitu, keluarga lelaki berkenaan yang dipercayai meninggal dunia itu mendakwa dia telah dikunci dari luar unit kediaman tersebut dan suspek utama adalah pemilik kediaman yang merupakan seorang wanita.

Menurut peguam yang mewakili keluarga mangsa berkata, pemilik telah mengunci unit berkenaan dari luar kerana mangsa tidak membayar sewa rumah selama 3 bulan.

Screenshot 2023 08 13 At 6.11.14 Pm

Tambahnya lagi, mangsa yang telah dikunci tersebut tidak dapat meminta bantuan kerana dia tidak mempunyai wang untuk menambah nilai telefonnya untuk membuat panggilan.

Pun begitu, menurut pemilik unit berkenaan, dia menyangka mangsa telah meninggalkan unit tersebut semasa dia bertindak untuk mengunci pintu kondominum itu pada 2 Julai.

Tambahnya lagi, dia tidak meminta bantuan seseorang untuk memecah masuk kediaman itu untuk memeriksa sama ada penyewa masih ada di dalam, namun dia telah cuba untuk menghubungi mangsa lebih dari 30 kali dan tidak mendapat sebarang jawapan.

Screenshot 2023 08 13 At 6.09.56 Pm

Disebabkan tiada jawapan, pemilik bertindak untuk mengunci pintu tersebut dari luar dan mempersoalkan tindakan mangsa yang tidak berbuat apa-apa untuk mencari jalan keluar (sekiranya betul dia terkunci).

Tambah wanita berkenaan, mangsa mempunyai banyak cara untuk keluar dari unit berkenaan walaupun pintu utama telah dikunci dan menurutnya, kawasan balkoni di ruang tamu serta dapur unit berkenaan adalah sangat berdekatan dengan unit lain.

Tambahnya lagi, penghuni lain yang melintasi unit tersebut pasti boleh mendengar sekiranya mangsa menjerit untuk meminta pertolongan.

Dalam masa yang sama, Ketua polis Selangor Hussein Omar Khan memberitahu, bedah siasat menunjukkan penyewa itu meninggal dunia akibat serangan jantung, bukan kerana kelaparan dan kes itu masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana polis tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.

Beliau turut meminta orang ramai tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat berhubung kes itu.

Baca : Kes Bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang: Lelaki Nigeria Terlepas Hukuman Gantung, Ini Yang Berlaku…

Collage 14

Sumber: mothership
Sumber: mothership