Catatan kes Covid-19 yang semakin tinggi tidak sedikit pun menjadi penghalang penyokong Joe Biden untuk meraikan kemenangan bakal Presiden Amerika Syarikat itu.
Sambutan diraikan dengan penuh meriah di sekitar New York, Miami, dan Denver menyaksikan penyokong membanjiri seluruh jalan seolah-olah sedang menyambut parti.
Bagaimanapun sambutan itu dikatakan menjadi isu apabila Biden dikatakan tidak membuat sebarang kenyataan apabila sambutan tersebut dilakukan tanpa adanya jarak sosial lapor Fox News.
Walaupun penyokongnya menggunakan pelitup muka, namun ketiadaan jarak sosial membolehkan risiko jangkitan virus itu untuk berlaku.
Biden dalam kempennya turut mengatakan bahawa isu Corona Virus menjadi keutamaannya selain turut mengatakan tidak akan melakukan demontrasi berskala besar bagi mengelakkan tersebarnya wabak itu.
Selain itu, Biden turut mengkritik bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana telah membawa ribuan penyokong bersama-samanya untuk mengatakan demonstrasi.
Ha, kata dulang paku serpih…
Namun selepas tersebarnya rakaman tersebut, Joe akhirnya membuka mulut mengenai isu yang melanda.
Kerja kami bermula dengan mengendalikan (kes) COVID
Walaubagaimanapun, menurut akhbar Deadline, Pengarah Kesihatan Awam Daerah Los Angeles Barbara Ferrer mendakwa sambutan itu akan meninggalkan kesan.
Menurutnya penyokong yang menyertai sambutan itu berkemungkinan terdedah kepada virus tersebut, selain turut menggalakkan orang ramai untuk menjalankan kuarantin kendiri.
Peringatan tersebut dikeluarkan selepas kes yang dicatatkan di negara itu semakin tinggi, iaitu dengan catatan sebanyak 4,300 kes pada hari Sabtu dan Ahad lepas.
Sehingga kini Amerika Syarikat menyaksikan sebanyak 10 juta kes positif Covid-19 dengan kematian melebihi 200 ribu orang.
Kemenangan yang diinginkan dah sudah dicapai, jadi harapnya mereka dapatlah mainkan peranan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
Baca : Tewaskan Trump! Joe Biden Presiden Baharu Amerika Syarikat