in

Lebih 65% Graduan Malaysia Dapat Gaji ‘Cukup-cukup Makan’, Tak Mampu Nak Menyimpan & Melabur

graduan gaji cukup makan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap tahun, isu gaji akan menjadi topik bualan hangat dalam kalangan masyarakat terutamanya buat graduan baharu yang mula melangkah dalam bidang pekerjaan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Malaysia Labour Market Insight Series, lebih 65 peratus pemegang ijazah di Malaysia hanya memperoleh gaji ‘cukup-cukup makan’ iaitu di bawah RM3,000 sebulan.


Jumlah gaji ini menyebabkan para graduan tidak mampu untuk menyimpan, melabur atau meningkatkan mobiliti sosial mereka.

Artikel berkaitan: “Tak ada guna kalau…” – ‘Fresh Graduate’ Impi Gaji Permulaan RM5,000 Cetus Bualan Ramai

Artikel berkaitan: Berapa Lama Rakyat Malaysia Perlu Simpan Gaji Untuk Dapatkan RM50,000?

Selain itu, lebih 70 peratus graduan di negara ini didapati terpaksa bekerja dalam sektor separa mahir dan tidak mahir.

Menurut laporan itu, turut dinyatakan graduan kini sedang berdepan krisis struktur yang mendalam yang mana pendidikan tinggi tidak lagi menjamin pulangan upah yang bermakna.

lead hiasan

“Ia juga membongkar realiti bahawa meskipun kadar kebolehpasaran siswazah sering dilaporkan melebihi 80 peratus, laporan ini menegaskan bahawa angka terbabit boleh mengelirukan kerana ia merangkumi semua bentuk pekerjaan, tanpa mengambil kira padanan kemahiran atau tahap upah.

“Hakikatnya lebih 65 peratus pemegang ijazah di negara ini memperoleh gaji bulanan di bawah RM3,000,” katanya.

Dalam laporan itu juga, walaupun isu ini turut berlaku di negara maju tetapi situasi di Malaysia dilihat lebih teruk disebabkan paras gaji yang rendah.

Dalam konteks ini, keputusan untuk melanjutkan pelajaran semakin berisiko dari sudut ekonomi, khususnya bagi belia yang perlu menanggung kos pendidikan yang semakin tinggi, sedangkan pulangan gaji yang diterima tidak setimpal.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.