in

Latheefa Koya Kecam Menteri Agama Susulan Isu Pakaian Dolla Dalam MV ‘Question’

latheefa koya kecam menteri agama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam Latheefa Koya dalam satu laporan hari ini telah mengecam tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar yang menegur salah seorang anggota kumpulan Dolla berhubung pakaiannya dalam muzik video kumpulan itu, ‘Question’.

Menurut Latheefa, Na’im tidak seharusnya membuat ‘ugutan’ sedemikian dengan menambah bahawa menteri tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat atau mendakwa rakyat.


UTU LATHEEFAKOYA 007

Artikel berkaitan: Dikritik Tidak Sesuai Untuk Penonton Tempatan, Universal Music Malaysia Bawa Turun Video Muzik Question Dolla

Pendakwaan, sama ada sivil atau syariah, hanya boleh diputuskan oleh pihak berkuasa pendakwaan, selepas siasatan yang adil dan saksama oleh badan penyiasatan yang berkaitan.

“Dengan melancarkan kecaman ini terhadap Wan Sabrina (Sabronzo), menteri itu telah memalukan dia secara terbuka walaupun dia tidak didapati bersalah atas sebarang kesalahan.

“Dia (Na’im) juga telah menjejaskan hak asasi Wan Sabrina untuk siasatan dan perbicaraan yang adil,” katanya di X.

“Dia patut tundukkan pandangan”

Latheefa juga pada masa yang sama berpendapat kecaman terhadap kumpulan tersebut mencerminkan obsesi pihak tertentu terhadap kesucian wanita, sambil mengabaikan sikap misoginis yang berbahaya dalam masyarakat.

Menurutnya lagi, daripada mensensasikan isu, Na’im dan kementeriannya digesa untuk tumpukan perhatian kepada masalah sebenar yang mempengaruhi rakyat seperti isu kanak-kanak yang dinafikan kewarganegaraan kerana dokumen perkahwinan ibu bapa yang tidak lengkap.

PCDOLLAREBIRTH20 scaled e1717007974623

Bagaimana seorang menteri menentukan yang muzik video ini terlalu seksi? Adakah dia melihatnya? Apakah kriteria yang digunakan untuk membuat keputusan ini? Mungkin dia sepatutnya perlu ‘tundukkan pandangan’. 

“Daripada menegur persembahan Dolla, lebih baik jika Na’im dan kementeriannya fokus kepada masalah sebenar. Sebagai contoh, ribuan kanak-kanak yang dinafikan kewargenegaraan hanya kerana dokumen perkahwinan ibu bapa mereka tidak lengkap. 

“Bukankah melindungi kanak-kanak tidak berdosa tanggungjawab tertinggi kita dalam agama?” tulisnya.

Mohd. Naim

Terdahulu, Na’im dalam satu kenyataan telah menyatakan ucapan terima kasih kepada pihak Universal Music Malaysia (UMM) atas langkah berhemah dan penuh tanggungjawab dalam menurunkan muzik video Dolla daripada semua platform rasmi mereka.

Menurutnya, tindakan tersebut mencerminkan keikhlasan dan kepekaan hati pihak industri hiburan terhadap suara masyarakat.

Sebagai info, kumpulan Dolla dianggotai oleh tiga wanita yang terdiri daripada Tabby (Tabitha Ariel Lam), Angel (Angelina Chai) dan Wan Sabrina yang juga dikenali sebagai Sabronzo.

Sumber: Malaysiakini, X

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.