in

LAST CALL! Sertai Larian Magical Unicorn Fun Run & Bawa Pulang Medal Hologram 3D Unik Ni!

16 9 Cover 1

Kalau korang kat sini dah biasa join marathon atau teringin sangat nak masuk tapi tak larat nak lari. INI ADALAH BERITA BAIK UNTUK KORANG!

Korang semua boleh ambil bahagian dalam marathon yang sangat rare dan magical ni! Larian apa?

Tak lain dan tak bukan, Unicorn Fun Run!!!

Untuk yang tak tahu, siri Unicorn Fun Run ini dianjurkan oleh JomRun dan ia dah berlangsung sejak Julai tahun ni tau!

App Cover
Sumber: jomrun

Fun Run ini dah diadakan di 36 lokasi berbeza di seluruh Malaysia termasuk Cyberjaya, Kota Kinabalu, Alor Setar, Pulau Pinang, Seremban, Miri, Kota Tinggi, Segamat dan banyak lagi! Setakat ini, dah 150,000 orang sertai larian ni!

From Just Rm18 You Can Join The Most Magical Run In Msia Win Yourself A Unicorn Medal T Shirt World Of Buzz 4
Sumber: jomrun

Berita baiknya, kalau korang dah terlepas 36 event Unicorn Fun Run atau yang dah pernah pergi tapi nak join lagi. Jangan risau, sebab…

JomRun akan mengadakan event FINALE dekat MAEPS Serdang pada 15 Mac 2020 ni!

Tambah menarik lagi, korang boleh menang medal Augmented Reality (AR) ala-ala hologram berbentuk 3D dengan tiga cara mudah ni:

1. Tampal nombor bib bahagian tengah depan t-shirt korang

2. Habiskan larian hingga ke garisan penamat

3. Dapatkan medal hologram 3D yang cantik ni!

From Just Rm18 You Can Join The Most Magical Run In Msia Win Yourself A Unicorn Medal T Shirt World Of Buzz 5
Sumber: jomrun

BUKAN TU JE, tak macam larian dan maraton yang lain, korang tak payah bayar beratus-ratus ringgit just untuk join Fun Run ni sebab, tiket Unicorn Fun Run Super Happy Bird (untuk 500 penyertaan pertama) harga dia bermula dari RM18 untuk 5km, RM28 untuk 10km dan RM38 untuk 21km. Siapa yang dah selalu join tu memang tahulah betapa murahnya harga ni!

From Just Rm18 You Can Join The Most Magical Run In Msia Win Yourself A Unicorn Medal T Shirt World Of Buzz 3
Sumber: jomrun

Korang tak fit nak lari dan kejar masa? JANGAN RISAU! Kalau korang masuk larian 5km, dorang tak akan catat masa pun, so korang boleh take own sweet time untuk habiskan dan still dapat medal.

Tak cukup lagi?

Tak kisah berapa jauh larian yang korang nak join, korang entitle untuk dapat:

  1. T-shirt Unicorn Fun Run
  2. Medal Unicorn
  3. Nombor bib
  4. Cip masa
  5. Kudap-kudapan
  6. T-shirt finisher (21km sahaja)
From Just Rm18 You Can Join The Most Magical Run In Msia Win Yourself A Unicorn Medal T Shirt World Of Buzz 2
Sumber: jomrun

Nikmat apa yang korang nak dustakan lagi?! Cepat grab phone korang dan ikut cara-cara kat bawah ni untuk register:

  1. Download aplikasi JomRun untuk Android atau IOS
  2. Daftar akaun JomRun
  3. Dalam aplikasi, cari “Unicorn Fun Run Finale
  4. Sign Me Up > Bayar

Mudah je! Bila payment dah complete, korang akan dapat e-tiket dalam aplikasi JomRun tu.

Disebalik siri Unicorn Fun Run yang korang perlu tahu!

Dianjurkan oleh syarikat JomRun yang diasaskan oleh anak jati Johor Bahru berusia 23 tahun, Chang Yi Hern, dengan matlamat untuk membawa rakyat Malaysia berkumpul bersama melalui sukan dan memberi dorongan kepada orang yang nak cuba sukan ini dan jatuh cinta dengannya. Sebab tu lah dorang adakan tema Unicorn yang comel dan menarik ni.

Nama “Unicorn Fun Run” pula diinspirasikan daripada “Unicorn startup”. Ia merujuk kepada mana-mana syarikat yang berjaya mencapai harga pasaran sebanyak US$1 bilion (RM4.13 bil), sesuatu yang diharapkan oleh Chang untuk dicapai satu hari nanti.

From Just Rm18 You Can Join The Most Magical Run In Msia Win Yourself A Unicorn Medal T Shirt World Of Buzz 8
Sumber: jomrun

Chang juga berharap, dari Fun Run ini, dia dapat menghantar mesej kepada orang Malaysia untuk “berani bermimpi, bekerja keras dan percaya dengan keajaiban.”

Buat masa sekarang, lebih dari separuh peserta dari 36 Unicorn Fun Run adalah pelari yang jarang aktif sementara 80% dari peserta adalah wanita tau. Fuyooo

From Just Rm18 You Can Join The Most Magical Run In Msia Win Yourself A Unicorn Medal T Shirt World Of Buzz 9
Sumber: jomrun

So, untuk acara terakhir Unicorn Fun Run ini, JomRun berharap dorang boleh pecahkan rekod negara dengan mendapat 200,000 penyertaan dari rakyat Malaysia.

Sebab rekod terkini adalah sebanyak 116, 086 penyertaan. Fuh, kalau korang join, korang ada peluang nak cipta sejarah yalls!

Ha, korang confirm dah berminat dan tak sabar nak join kan? Make sure korang download aplikasi Jom Run untuk Android atau IOS, dan untuk dapatkan maklumat lanjut korang boleh klik sini!