Disebabkan kasihan melihat keadaan telefon bimbit Roslan Shah, usahawan Datuk Seri Vida bermurah hati mahu menghadiahkan sebuah telefon pintar baharu kepada selebriti asal Singapura itu yang bernilai RM 7,799.
Kata Vida, dia berharap telefon bimbit yang dihadiahkannya itu mampu memudahkan urusan kerja Roslan Shah selepas ini.
Artikel berkaitan : “Random betul collab” – Netizen Geli Hati Lihat Trio Dato Vida, Ebit Lew & Roslan Shah Buat Paranormal
Artikel berkaitan : Roslan Shah Sahkan Sajat Bakal Sambut Raya Di Singapura Bersamanya
“Dah uzur, nak buat live pun susah”
Jelas Vida atau nama sebenarnya Hazmiza Othman, 54, dia berharap dengan peranti baharu ini mampu membuatkan Roslan Shah menghasilkan kualiti kandungan yang lebih cantik.
“Saya belikan telefon bimbit baru untuk Cik Lan (Roslan) seikhlas hati sebab telefon lama dia sudah uzur. Kesian nak buat siaran langsung pun susah.”
“Harap dengan telefon bimbit baru ini kualiti video Cik Lan nampak lebih cantik.”
@datoserividaofficial Saya belikan phone baru untuk Cik Lan@Roslan Shah – Cik Lan seikhlas hati… sebab phone lama dia dah uzur, kesian nak buat live pun susah. Harap dengan phone baru ni, quality video Cik Lan nampak lebih cantik & jelas#foryourpagе #datoserivida #ciklan #fyppages #dsv
Dalam perkongsian di TikTok, dilihat Vida dan Cik Lan ke sebuah kedai untuk membeli telefon bimbit bersama. Cik Lan ada menunjukkan keadaan telefon bimbitnya yang dilihat sudah usang.
Jadi dengan pemberian ini, Vida anggap ia akan menjadi satu kenangan indah buat mereka berdua. Dalam pada itu, Cik Lan yang dilihat gembira menyatakan bahawa dia tidak percaya dengan kejutan tersebut, dia menyangka bahawa Vida hanyalah bergurau dengannya sebelum ini.
Di samping itu, ramai netizen mengusik jika mereka berdua dikatakan terlalu awal untuk memberi barang hantaran perkahwinan. #LanVida
Sumber : TikTok