in

Lamborghini & Rasuah RM5 Juta, Bekas Menteri Disiasat SPRM

syaz ft 2025 12 30T151739.528

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bekas menteri yang disiasat berhubung kes rasuah membabitkan wang kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini hadir semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi menyambung proses memberi keterangan.

Kenderaan berwarna putih yang membawa kenamaan berkenaan dilihat memasuki pekarangan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10.01 pagi tadi.


Bagaimanapun, cubaan wartawan yang berkampung di hadapan ibu pejabat berkenaan untuk mendapatkan reaksi individu terbabit tidak berhasil.

Artikel berkaitan: Panglima Tentera Darat Bercuti Serta Merta, Beri Ruang Kepada Siasatan SPRM

Artikel berkaitan: 2 Tahun Dalam Buruan SPRM, Menantu Muhyiddin Dipercayai Hidup Mewah Di Asia Barat?

Semalam, bekas menteri itu dilaporkan berada di Ibu Pejabat SPRM selama lebih tujuh jam bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah yang dikaitkan dengan projek papan iklan serta urusan pemindahan tanah di ibu negara.

Beliau dipercayai meninggalkan pekarangan SPRM pada jam 5.50 petang selepas tiba sekitar jam 10.30 pagi.

Sebelum ini, menerusi laporan Berita Harian, difahamkan bekas menteri itu memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan menerima rasuah kira-kira RM5 juta selain sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.

Wang dan kenderaan mewah itu diterima berkaitan projek papan iklan serta urusan pemindahan tanah di ibu negara, dengan kereta berkenaan dipercayai diberikan oleh sebuah syarikat pembuat papan iklan.

Dalam pada itu, difahamkan juga bekas menteri terbabit pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era COVID-19 dan kini menjadi antara fokus utama siasatan terbaharu SPRM.

Difahamkan, bekas pemimpin terkenal itu pernah didakwa di mahkamah atas beberapa kes rasuah beberapa tahun lalu dan kini kembali berada dalam radar siasatan susulan dakwaan penyelewengan ketika memegang jawatan dalam sebuah kementerian.

Siasatan SPRM ketika ini turut melibatkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.

Maklumat terbaharu yang diterima SPRM, termasuk laporan daripada orang awam, dipercayai mempunyai unsur rasuah dan penyelewengan sehingga membawa kepada pembukaan kertas siasatan, meskipun individu terbabit sudah lama tidak lagi berkhidmat dalam kerajaan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.