in

Laluan Sempit Punya Pasal, Pemandu Kenderaan Di Jalan Berbukit Ini Perlu Bertukar-tukar Lorong

F1 Jjj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemanduan di jalan yang berbukit sudah semestinya akan menggerunkan ramai pemandu. Walaupun dah pro, tapi bila lalu kawasan curam, memang kena lebih berhati-hati. Kalau tersilap pusing stereng, alamatnya boleh accident.


Untuk pemandu di jalan raya kawasan pergunungan di Acultzingo Heights, Mexico ini pula, mereka perlu memandu kenderaan di jalan yang salah kerana laluan selekoh jalan di kawasan itu yang sempit.

Jjj 2

Menurut Oddity Central, jalan yang salah itu bermaksud pengguna jalan berkenaan perlu bertukar-tukar lorong yang bertentangan.

Difahamkan, cara itu digunakan berikutan kesukaran yang dialami oleh kenderaan berat seperti lori melalui selekoh sempit. Sebelum ini, lori-lori besar sering kali menyebabkan kemalangan sebab kenderaan itu yang tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan.

Jadi, ada seseorang kemudiannya timbul idea untuk menyuruh pemandu kenderaan jalan itu untuk tukar lorong jika lalu kawasan itu.

Jjj 3

Oleh itu, kini, jika pengguna jalan di kawasan berkenaan melaluinya sama ada mendaki atau menuruni bukit, mereka perlu guna lorong jalan yang bertentangan dengan cara ikut sahaja simbol anak panah warna putih yang telah diletakkan pada permukaan jalan.

Dengan cara itu, barulah kenderaan berat dan besar seperti lori boleh membuat lencongan dengan sempurna tanpa sebabkan kemalangan.

Walaupun cara penukaran lorong ini dilihat agak rumit untuk difahami oleh mereka yang baru pertama kali lalu di situ, namun ia dikatakan telah berjaya mengurangkan kadar kemalangan di kawasan itu tau.

Boleh tonton video YouTube ini kalau nak faham dengan lebih lanjut tentang jalan raya di Mexico ini.

Sumber: Oddity Central

Baca: “Mesti jalan clear je”- Ini 5 Jalan Raya Yang Paling Banyak Lorong Di Dunia 

Jjj 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.