Selepas dihadapkan ke mahkaman atas dakwaan mencederakan isterinya semalam, Hafidz Roshdi mengatakan yang dia masih sayangkan isterinya dan mahu berbaik semula.
Isu ini jelasnya masih hangat diperkatakan oleh netizen sehinggakan baru-baru ini, Dato Aliff Syukri juga turut memuat naik video di Instagram menunjukkan dia menemubual Nurul Shuhada.
Dalam video tersebut, dapat dilihat Shu kelihatan sebak dan menangis ketika bercakap dengan Dato Aliff. Wanita ini turut mengenang kembali zaman susah mereka ketika mula-mula berkahwin.
https://www.instagram.com/p/CpuofX5A09t/
Kitaorang masa awal-awal dulu duduk flat, masa mula-mula kahwin. Susah senang sama-sama.”
Dalam video yang sama, usahawan ini juga turut memujuk Shu untuk memberikan peluang kepada suaminya itu dan mengatakan mungkin lelaki tersebut tidak sengaja berbuat sedemikian.
So awak sebagai perempuan ni. Bagilah peluang dekat dia.
“Saya yakin, dalam kehidupan rumah tangga, salah seorang kena mengalah. Saya tak pastilah atas mata awak tu siapa punca tapi mungkin dia tak sengaja dan sebagainya.”
Selain itu, Dato Aliff turut menasihatkan kaum lelaki untuk tidak mengasari wanita dan menghargai serta melayani isteri seperti bidadari bidadari hidup.
“Mamat tu psycho”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tidak bersetuju dengan cadangan Aliff Syukri ini lebih-lebih lagi selepas wanita ini mendakwa dia telah ditumbuk sebanyak tiga kali oleh suaminya sehingga menerima 10 jahitan.
Korang rasa macam mana? Betul ke nasihat Aliff Syukri ni?
Baca: “Rasa cinta terhadap Shuhada masih ada” – Hafidz Roshdi