Biasalah bila dah ada pasangan ni, pasti pernah timbul syak wasangka walaupun sekali, kan? Kadang-kadang bila kita minta untuk stalk telefon, bermacamlah alasan yang keluar dari mulut pasangan.
Namun, satu video yang viral di X baru baru ini memaparkan seorang wanita menggunakan cara yang berbeza untuk stalk telefon teman lelakinya. Mungkin cara ini boleh digunakan untuk para wanita di luar sana?
Ambilkan gambar teman lelaki
Difahamkan situasi tersebut berlaku di Indonesia yang mana seorang wanita ingin mengambil gambar teman lelakinya. Mereka pada ketika itu berada di meja makan yang terletak di tepi sebatang jalan.
Di awal video, lelaki yang menganggap dirinya sedang diambil gambar oleh wanita itu membuat beberapa posing daripada duduk di atas kerusi sehinggalah berdiri.
Namun, lain pula yang berlaku apabila wanita itu mengambil kesempatan untuk stalk telefon lelaki tersebut. Tidak hanya melihat satu aplikasi, dia juga sempat membuka beberapa aplikasi lain.
Artikel berkaitan: “Dari Kak Sha ke Sayang” – Netizen Stalk Tweet Lama Ubai Pasal Shila Amzah Sejak 2011
Artikel berkaitan: Lagi Kes ‘Stalking’, Wanita Trauma Bekas Pekerja Hantar Mesej ‘Bukan-bukan’ Walaupun Dah Kena ‘Block’
Bagi arahan untuk posing
Dalam masa yang sama, wanita itu seolah-olah memberi arahan kepada lelaki berkenaan untuk melakukan beberapa posing yang lain. Jadi, dia dapat membaca mesej lelaki tersebut dengan lebih lama sambil lelaki itu menukar gaya yang lain.
Disuruh fotoin malah stalking – tulisan dalam video
Menjengah di ruangan balas pada hantaran itu, ramai netizen tergamam melihat kepantasan wanita tersebut stalk telefon teman lelakinya.
Amboi kak, laju betul stalk handphone lelaki tu!
Sumber: X