Pasti ramai yang inginkan hidup seperti kerabat Diraja kan? Mana taknya dari kecil asyik tengok fairytale je…
Mungkin itulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini, dia telah menyamar sebagai Raja Muda Perak untuk kepentingan dirnya sendiri.
Menurut laporan Astro AWANI, lelaki berusia 39 tahun itu didakwa cuba untuk menipu seorang petugas di Wisma Darul Aman supaya dibenarkan untuk bertemu dengan Sultan Kedah.
Dia melakukan percubaan tersebut pada bulan Jun lepas, disebabkan itu dia telah dituduh dibawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan (KK), dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 7 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Malah, Majistret juga telah menetapkan tertuduh akan berdepan dengan hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda sebanyak RM4,000.
Selain itu, pihak polis juga turut merampas sekeping kad kuning yang tertera Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Muda Perak yang dipercayai telah digunakan sewaktu tertuduh berurusan di pejabat Sultan Kedah.
Lebih memeranjatkan, kad berkenaan menulis gelaran dan nama Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Muda Perak Tuanku Tun Mamat Fadhil Duke Of Royal Malaysia British Bin Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Sheikh Tengku Lope Salleh Of Royal Irish Fusiller Princess Victoria.
Wow, nama dia!
Baca: Wanita Indonesia Dakwa Dirogol Lelaki Menyamar Jadi Pegawai Imigresen