Filem-filem seperti Shawshank Redemption, Escape Plan dan Escape from Alcatraz memang jauh beza dari apa sebenarnya yang berlaku dalam penjara paling berbahaya di dunia ni.
Di dalam artikel ini, kita akan senaraikan beberapa penjara yang telah mendapat reputasi sebagai penjara yang berbahaya dan menakutkan sama ada kerana dadah yang berleluasa, dikawal oleh geng atau keganasan dari banduan dan pegawai.
7. Attica Corestional Facility, USA
Attica Correctional Facility merupakan penjara kawalan maksimum yang terletak di Attica, New York. Ia telah menjadi tempat tinggal untuk penjenayah-penjenayah terganas dalam sejarah Amerika dan merupakan tempat keganasan penjara.
Salah satu rusuhan paling teruk pernah terjadi pada tahun 1971 apabila banduan telah mengambil alih penjara dengan mengambil seramai 42 pegawai penjara sebagai orang tebusan. Rusuhan tersebut telah berlangsung selama empat hari dan sebanyak 43 nyawa telah terkorban termasuk 33 banduan dan selebihnya adalah pegawai penjara.
6. Penjara Butyrka, Rusia
Rusia memang terkenal dengan memberikan kesukaran kepada orang-orang yang dianggap menyusahkan masyarakat. Penjara Butyrka yang terletak di pusat Moscow ini merupakan penjara reman terbesar di Moscow. Bukan sahaja ia mempunyai masalah kesesakan yang tinggi malas sel yang hanya boleh menampung 10 orang telah disumbat dengan 100 bantuan dan penjara ini juga turut mempunyai beberapa masalah jangkitan kesihatan seperti batuk kering dan HIV.
5. Penjara Tadmor, Syria
Penjara Tadmor mempunyai reputasi sebagai salah satu penjara paling menindas orang di dunia. Tahanan di sana telah diseksa dan dibunuh dengan cara diseret sehingga mati atau ditetak menggunakan kapak.
Pada Jun 1980, Presiden Hafez-al-Assad telah memberikan arahan kepada askar untuk membunuh semua banduan selepas berlaku serangan ke atasnya. Sehingga hari ini, angka kematian disebabkan arahan tersebut masih tak diketahui namun dianggarkan melebihi seribu.
4. Penjara La Sabaneta, Venezuela
La Sabaneta terkenal sebagai penjara yang ganas dan bahaya sehingga ia diarahkan untuk ditutup pada tahun 2013 ekoran beberapa siri rusuhan, tempat tinggal yang sangat teruk dan penindasan hak manusia.
Pada 2 Januari 1994, satu rusuhan telah berlaku ekoran aktiviti geng di penjara tersebut. Insiden ini telah menyebabkan seramai 150 banduan telah terkorban ditangan ahli-ahli geng lawan atau pegawai penjara.
Keganasan geng merupakan perkara yang biasa berlaku di penjara ini ekoran kurang kawalan dan pada tahun 2013, seramai 69 banduan di sana telah meninggal dunia sehingga menyebabkan penjara ini telah ditutup untuk selama-lamanya.
3. Penjara Pulau Petak, Rusia
Penjara Pulau Petak yang terletak di sebuah pulau di Tasik Novozero ini telah menempatkan beberapa penjenayah berbahaya di Rusia. Namun begitu, banduan-banduan di sana tak boleh melakukan keganasan ekoran mereka telah dikurung di dalam sel kecil yang hanya memuatkan dua banduan selama 22.5 jam sehari manakala masa selebihnya mereka telah dikurung di dalam “sangkar”.
Keadaan ini telah menyebabkan banduan di sana telah mengalami penyeksaan mental yang dahsyat. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan untuk menerima apa-apa pendidikan dan hanya dibenarkan untuk berjumpa dengan pelawat dalam jangka masa yang singkat sebanyak dua kali setahun.
2. Penjara Pusat Vladimir, Rusia
Penjara Pusat Vladimir merupakan penjawa kawalan maksimum terbesar di Rusia di mana banduan di sana telah menerima hukuman penjara minimum 10 tahun sehingga seumur hidup. Penjara ini mempunya kapasiti untuk menampung seramai 1220 banduan tapi hari ini, penjara tersebut sesak dengan bantuan serta dipenuhi dengan pelbagai penyakit.
Penyeksaan rutin ke atas banduan juga merupakan perkara yang normal di penjara tersebut. Bandian telah ditarik keluar dari sel mereka dan diarah untuk meletakkan tangan di atas sebelum dilibas atau dipukul sehingga meninggal dunia.
1. Guantanamo Bay, Cuba
Penjara yang dimiliki oleh Amerika dan terletak di Cuba ini dibuat untuk meletakkan suspek Taliban dan Al-Qaeda yang ditangkap di Afghanistan. Ketika menjadi presiden, Obama semasa perlantikannya telah berjanji untuk menutup penjara tersebut namun begitu, sehingga hari ini penjara tersebut masih beroperasi dan telah menahan seramai 40 orang tahanan.
Trump ketika menjadi presiden telah membiarkan penjara tersebut dibuka manakala Biden mengatakan bahawa dia mahu memenuhi janji Obama untuk menutup penjara tersebut yang dikatakan telah menyeksa tahanan mereka dengan teknik soal siasat yang dahsyat seperti waterboarding.
Sumber: Yahoo