in

“Lagi garang, lagi saya suka” – Iqbal Zulkefli Berkenan Dengan Inspektor Sheila

Ft Iqbal Syok Ins Sheila

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular kenyataan daripada seorang anggota polis berpangkat inspektor yang pernah menjadi bualan hangat rakyat Malaysia dek kerana beberapa kontroversi, Inspektor Sheila mahu mencari peneman hidup.

Ia membuatkan usahawan sensasi Iqbal Zulkefli rasa terpanggil dan memberitahu bahawa dia memang terbuka hati untuk mengenali Inspektor Sheila dengan lebih rapat.


Menurut Iqbal, dia ada mengikuti perkongsian Inspektor Sheila di media sosial, dia percaya bahawa disebalik sifat garang, dia tahu tersemat ciri-ciri kewanitaan yang membuatkan hatinya tertarik terhadap pegawai polis itu.

Screenshot 2023 07 04 165653

“Ya, saya sunyi sekarang ini. Memang tiada kekasih untuk ajak keluar bersama. Jadi tak salah kalau mencuba nasib untuk mencari teman hidup.”

Katanya kepada mStar Online lagi, dia akui bahawa dia jadi tertarik sejak nama Inspektor Sheila viral, bahkan dia akui bahawa dia rasa sedih apabila ramai netizen berkata tidak elok tentang wanita itu.

“Saya sukakan wanita yang garang, lagi garang, lagilah saya suka. Namun saya juga percaya dia seorang wanita yang manja.”

Tambahnya, dia memerlukan seorang wanita seperti Sheila yang boleh menjaga dirinya selain mampu mengubahnya menjadi seorang yang lebih baik.

Screenshot 2023 07 04 165711

“Saya perlukan seorang yang garang seperti dia supaya boleh marah jika saya nakal. Saya mahukan seorang wanita yang selalu berbisik di telinga saya. Alangkah bahagianya kalau menjadi teman Sheila dan dia siapkan kopi setiap pagi.”

Katanya lagi, dia juga mahukan wanita yang boleh memahami dirinya sebagai seorang usahawan selain dapat menyanyangi dia dan anak angkatnya, Ziyad.

Screenshot 2023 07 04 165726

“Kalau bercakap tentang ciri-ciri idaman, saya mahukan wanita yang sederhana sahaja. Kalau boleh mahu wanita kampung, tapi takut pula tidak terbuka tentang dunia perniagaan sekarang ini. Apa yang penting wanita itu perlulah sayang saya dan anak.”

Benda baik takkan lah kita nak pertikai, harap Iqbal berpeluang bersua dengan Inspektor Sheila.

Baca : Inspektor Sheila Nak Cari Jodoh, Hanya ‘Single Men’ Saja Dipilih

Inspektor Sheila Cari Jodoh 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.