Sukan Malaysia (SUKMA) edisi 2024 telah bermula dengan rasminya dengan berlangsungnya upacara perasmian pembukaan temasya itu di Stadium Sarawak malam tadi.
Memetik laporan Harian Metro, lebih 40,000 penonton telah hadir ke stadium berkenaan untuk memeriahkan upacara perasmian sukan tersebut yang akan berlangsung sehingga 24 Ogos ini.
Selain perarakan masuk atlet-atlet dari 14 negeri di Malaysia dan Brunei yang turut menyertai sukan ini termasuk maskot-maskot setiap negeri, penonton juga disajikan dengan pelbagai persembahan tarian dari pelbagai etnik di Malaysia, paluan gendang, pancaran laser dan formasi dron.
Penyanyi-penyanyi popular tanah air iaitu Faizal Tahir, Marsha Milan, Bob Yusof dan Jaclyn Victor turut mempersembahkan lagu nyanyian mereka ketika upacara perasmian SUKMA di bumi kenyalang itu.
Boleh dikatakan upacara perasmian Sukan Malaysia kali ini berjaya menarik perhatian ramai rakyat Malaysia kerana ramai warganet memuji acara perasmian tersebut.
@astroarena Paris? Apa tu! Ini Sarawaklah! #Sukma2024
Artikel Berkaitan: “Apa salah saya” – Lee Zii Jia Menangis Semasa Ditemubual Wartawan, Luah Suka Duka Sebelum Genggam Pingat
Artikel berkaitan: “Syukur LZJ menang” – Penyokong Lawan Meriah Sangat, Netizen Malaysia ‘Nervous’ Tengok Perlawanan Lee Zii Jia & Popov
Untuk anda yang tak sempat tengok acara pembukaan SUKMA malam tadi, jangan risau boleh tengok di YouTube RTM.
Meninjau ke ruangan komen, dapat dilihat ada warganet yang yang berpendapat upacara perasmian SUKMA adalah lebih menarik berbanding sukan Olimpik Paris baru-baru ini.
Apa-apa pun, syabas diucapkan kepada negeri Sarawak atas temasya SUKMA pada kali ini, di temasya sukan ini lah kita nak cari pelapis-pelapis baru untuk wakili negara ke sukan yang lebih besar seperti Sukan Asia dan Olimpik nanti.
Sumber: TikTok @AstroArena