in

Lagi Bencana 2020 : Pesawat Air India Express Terbelah Dua Ketika Mendarat, 17 Maut

A 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah pesawat khas membawa pulang rakyat India yang terkandas di luar negara akibat virus Covid-19 dilaporkan tergelincir dan terbelah kepada dua bahagian.

Menurut laporan, pesawat Air India Express yang membawa 191 penumpang dan anak kapal tersebut cuba untuk mendarat sebanyak dua kali, selepas gagal pada percubaan kali pertama.


Plane Split Into Two 173Caa5A267 Medium

Hasil kajian menunjukkan keadaan landasan yang basah dan pembentukan awan yang terlalu rendah membuatkan juruterbang sukar untuk mendarat dan terpaksa membuat cubaan beberapa kali.

Sehingga ke laporan terkini, 17 penumpang dan seorang juruterbang dilaporkan terkorban. 123 penumpang yang lain pula dilaporkan cedera dan sudah menerima rawatan susulan.

Berikut adalah rakaman video yang berjaya dirakamkan di lokasi kemalangan.

https://twitter.com/santhusarling/status/1291757099353923590

Tahun 2020 penuh dengan kejutan dan dugaan buat kita semua, semoga baki beberapa bulan ini baik-baik sahaja.

Sumber: CBS News

 

BACA: Menteri Yakin Kemampuan Kereta Terbang Pada Masa Hadapan

Xxx 2

Sumber: Gulf News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.