in

Lagenda Cik Siti Jalang : 99 Orang Suami Meninggal Pada Malam Pertama, Apa Yang Jadi?

Featured 5

Dalam sejarah peradaban manusia, belum ada lagi seorang wanita mengahwini 99 lelaki sepanjang hidupnya.

Namun korang pernah dengar mengenai lagenda Cik Siti Aminah? Wanita yang berkahwin sebanyak 100 kali sepanjang hayatnya.

Pelbagai versi kisah Cik Siti Aminah ini, seperti yang dikongsikan Aqil Rasid di twitternya.

Disclaimer : kesahihan kisah ini tidak dapat dipastikan kerana terlalu banyak mitos dan versi.

Lagenda melayu Cik Siti Jalang ini menceritakan mengenai kisah seorang wanita yang kematian 99 suaminya selepas malam pertama.

*so korang dah boleh agak kan kenapa Cik Siti Aminah dipanggil Cik Siti Jalang.

 

Mitos #1 : Cik Siti Aminah warisi ilmu kunci nafsu

Dikatakan kisah ini berlaku pada abad ke 17, iaitu kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Cik Siti Aminah ni berasal dari Kelantan dan sejak kecil lagi dia diambil menjadi anak angkat kepada sebuah keluarga bangsawan Bugis di Kota Tinggi, Johor.

Lagenda Cik Siti Jalang

Untuk pengetahuan korang Cik Siti Aminah ni mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan namanya sentiasa menjadi sebutan di daerah tinggalnya itu.

So disebabkan risau akan keselamatan Cik Siti Aminah, keluarga Bugisnya ini ada mewariskan ilmu pendinding kepada anak gadisnya itu bagi menjaga kesuciannya dari menjadi mangsa lelaki tak bertanggungjawab.

Bila Cik Siti Aminah sudah meningkat dewasa, dia telah dipinang oleh seorang lelaki yang juga dari keluarga berada.

Majlis perkahwinan berlangsung penuh meriah sehinggalah pada malam pertama pasangan pengantin tersebut menjadi porak peranda apabila Cik Siti Aminah telah diceraikan.

Ini sebab suaminya sewaktu pada saat dia bersedia untuk menikmati malam pertamanya, dia gagal menemui pertanda (Faraj) Cik Siti Aminah adalah seorang perempuan!

E977E429 Webp.net Compress Image 38

Tapi! Kejadian itu tidak menghentikan hasrat lelaki-lelaki lain untuk memiliki Cik Siti Aminah.

Dia pun berkahwinlah buat kali kedua, malangnya perkara sama berlaku apabila dia diceraikan keesokan harinya.

Perkara ini berlarutan untuk beberapa tahun sehingga suami Cik Siti Aminah ini jika dikumpulkan sudah seramai 99 orang.

Namun, suaminya yang ke-100 merupakan seorang yang warak dan mempunyai pegangan agama yang kukuh. Malah lelaki ini juga mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi.

Suaminya yang ke-100 ini akhirnya dapat membuka ilmu kunci nafsu yang diwarisi Cik Siti Aminah dari keluarga angkatnya.

Perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayatnya.

Bagaimanapun untuk pengetahuan korang, Cik Siti Aminah dan suaminya tidak dikurniakan zuriat sehingga akhir hayat mereka.

Malah sebelum menghembuskan nafas terakhir, Cik Siti Aminah ada mewasiatkan bahawa…

…apabila dia meninggal dunia agar jenazahnya dikebumikan jauh dari kawasan perkuburan penduduk kampung yang lain kerana akibat dari perkahwinannya yang mencatatkan jumlah sebanyak seratus kali itu.

Minah3.Transformed

 

Mitos #2 Bela kala jengking pada kemaluannya

Ada lagi satu versi kisah Cik Siti Jalang ini iaitu, ada cakap-cakap yang mengatakan…

…mana-mana lelaki yang masuk meminang Cik Siti Aminah, beliau mengenakan hantaran sebuah keranda dan sekayu kain putih untuk persediaan pengkebumian suaminya.

Dikatakan, pada malam pertama perkahwinannya suami Cik Siti Aminah akan mati disengat kala jengking yang keluar di anggota sulitnya.

Giphy

Untuk pengetahuan korang, makam Cik Siti Aminah terletak di hujung kampung di bawah jambatan Kota Tinggi, dan bersebelahan Kampung Kelantan lokasi dimana Laksamana Bentan disemadikan dengan Dang Anum dan anaknya.

 

Kesahihan cerita ini wallahualam.

Baca : Robert The Doll: Kisah Disebalik Patung Hantu Paling Seram Yang Dikatakan Boleh Bergerak & Mencederakan Orang?

Baca 4

Sumber: blog