in

Kutipan Dana Untuk Abang Bas Ditutup, Kakak Dedah Terima Derma Dari M’sia, Singapura, Indonesia & Myanmar

Derma Abang Bas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berdepan dengan tiga pertuduhan secara keseluruhan termasuk dua daripadanya di Mahkamah Sesyen Muar dengan keseluruhan ikat jamin RM40,000 membuatkan keluarga kepada lelaki yang digelar ‘Abang Bas’ melancarkan kutipan derma semalam.

Menerusi perkongsian kakaknya, Zarina Sari di Facebook, dia telah memuat naik kod QR bagi memudahkan orang ramai menghulurkan derma dan sumbangan bagi membantu adik lelakinya itu.


458975191 8142580142463433 9098287434067755295 N

Artikel berkaitan: Keluarga Lancar Tabung Bayar Ikat Jamin RM30K, Ramai Pengikut Abang Bas Nak Bantu

Artikel berkaitan: Abang Bas Menangis Ketika Didakwa Lakukan Amang Seksual Kanak-kanak

Kutipan dana ditutup, terima derma dari negara jiran 

Pun begitu, menerusi satu posting Facebook awal pagi ini, kakaknya memaklumkan bahawa kutipan dana tersebut telah ditutup kerana ia sudah mencapai misinya.

Zarina Sari juga berterima kasih kepada mereka yang telah menyumbang buat Abang Bas dan lebih mengejutkan pihaknya juga menerima sumbangan dari negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Myanmar.

Abag

Semoga infaq dari kalian digantikan dengan sebesar-besar ganjaran pahala dunia dan akhirat dari Allah. Kami akan update dari semasa ke semasa proses perbicaraan abang bas nanti. 

“Saya Zarina Sari wakil dari pihak keluarga abang bas memohon maaf sekiranya terdapat syak wasangka, ragu-ragu atau perkara-perkara yang tak menyenangkan sepanjang kes Abang bas ini.

“Semoga kalian terus mendoakan abang bas dibebaskan daripada pertuduhan ini dan dapat menjalani kehidupan hariannya seperti sediakala,” katanya.

Terdahulu, lelaki yang dikenali sebagai Abang Bas, 24, ini mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas tuduhan dikemukakan di hadapan Hakim.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.