Pandemik Covid-19 yang melanda telah memberi kesan yang serius kepada ekonomi dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali. Sektor pelancongan terjejas teruk kerana tiada pengunjung yang boleh hadir akibat sekatan perjalan dan perintah berkurung.
Selain perniagaan, Zoo Negara turut terkesan dengan keadaan sekarang.
Baru-baru ini, seorang lelaki tempatan telah berkongsi keadaan Zoo Negara semasa dia pergi melawat sekitar awal minggu lepas.
Kinz Lai juga sempat mengambil beberapa gambar keadaan di sana. Korang boleh tengok posting Facebook beliau dibawah berserta beberapa gambar yang dimuat naik.
https://www.facebook.com/kinz.lai/posts/3936410146425720
Keadaan Zoo Negara
Tambah beliau lagi, selain kawasan parking dan gerai makan, tidak langsung kelihatan pekerja yang dilihat bertugas untuk membersihkan dan menjaga SOP kawasan di dalam zoo tersebut.
Lebih menyedihkan apabila zoo dipenuhi orang awam terutamanya kanak-kanak dan haiwan zoo tidak dapat terlihat kerana keadaan sangkar yang penuh semak. Pendingin hawa yang rosak dan bau busuk yang terlalu kuat membuatkan dirinya tertanya-tanya adakah tiada penyelengaraan yang dilakukan oleh pihak zoo.
Dalam posting Kinz Lai, beliau menyeru orang ramai untuk menyumbang kepada Zoo Negara demi kebajikan haiwan disana. Selain itu, beliau turut meminta orang ramai untuk melawat Zoo Negara yang secara tidak langsung mampu menaikkan pendapatan zoo.
Zoo Negara adalah satu tempat tarikan pelancong dan ianya harus dijaga dan diberi keutamaan dari segi kebersihan dan kebajikan haiwan.
Sumber: Kinz Lai
Baca: Tengah Hari Dapat Info, Petang Tu Juga Ustaz Ebit Lew Turun Padang Hulur Bantuan Untuk Zoo Negara