in

Kunci Pintu Digital Rumah Tak Berfungsi, Wanita Sewa Kren Untuk Masuk Rumah Menerusi Balkoni

F1 Naik Kren

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman yang serba moden ini, memang ramai pemilik rumah yang dah mula beralih kepada penggunaan kunci pintu digital atau elektronik di mana kita tak perlu lagi bawa kunci rumah ke mana-mana sebab pintu rumah dah boleh dibuka menggunakan kata laluan atau cap jari. Alah, macam yang korang selalu tengok dalam drama Korea tu la. 

Namun, kadang-kadang pintu rumah elektronik canggih itu juga boleh rosak, seperti yang terjadi kepada wanita ini.


Memetik laporan New Straits Times, wanita tersebut telah memutuskan untuk menyewa sebuah kren untuk membawanya naik ke rumahnya yang terletak di tingkat empat sebuah apartment selepas pintu rumahnya yang menggunakan kunci elektronik tiba-tiba tidak berfungsi.

1 2

Dia menyewa kren tersebut agar dia boleh masuk ke dalam rumahnya menerusi balkoni kerana dia juga tertinggal kunci utama atau master key di dalam rumah.

Artikel Berkaitan: “Mesti dah biasa buat”- Pengurus Butik Pakaian Selamatkan Budak Terkunci Dalam Bilik Persalinan

Artikel Berkaitan: “Orang risau, dia berpesta pulak”- [VIDEO] Abang ‘Lumur’ Adik Dengan Bedak Ketika Terkunci Dalam Kereta

Video wanita itu menaiki kren yang disewanya itu telah dikongsikan di Facebook Tammy Kin Nee baru-baru ini dan ia telah meraih pelbagai reaksi daripada warganet.

Dalam video yang berdurasi selama lebih empat minit itu, dapat dilihat wanita berkenaan menaiki kren terbabit untuk masuk ke dalam rumahnya yang berada di tingkat empat bangunan berkenaan.

Difahamkan, dia memutuskan untuk menggunakan kren kerana sewa kren adalah lebih murah berbanding jika dia memecahkan kunci digital itu.

3 1 3

Ini kerana jika dia memecahkan pintu dan kunci digital itu, dia terpaksa mengeluarkan kos yang lebih mahal iaitu sekitar RM3,000 untuk menukar pintu kalis kebakaran (fire-rated door) dan kunci digital tersebut.

Manakala sewa kren tersebut pula hanya menelan kos sebanyak RM500 sahaja.

Sumber: Facebook Tammy Kin Nee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.