in

Kristen Gray Kini Diburu Imigresen Indonesia, Lepas Jual Buku Mengenai ‘Cara’ Tinggal Di Bali Secara Haram

Ft Kris Final 1

Baru-baru ini, topik mengenai seorang warganegara Amerika Syarikat berketurunan Afrika, Kristen Gray menjadi ‘trending’ di laman Twitter setelah dia memuat naik beberapa thread yang berkongsi caranya untuk pindah ke Bali secara haram.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga tampil berani untuk menghasilkan sebuah bukunya yang menceritakan pengalamannya sepanjang proses berpindah ke Bali untuk dikongsikan kepada orang ramai sehingga menimbulkan kemarahan netizen Indonesia.

Kris 3

 

Kos hidup lebih rendah, mewah 

Dalam posting yang dimuat naik olehnya pada 16 Januari 2021, dia mula bercuti ke Bali bersama teman lelakinya pada tahun 2019 selepas mengalami kesukaran mencari pekerjaan dan krisis kewangan di negaranya sendiri. Dia membuat keputusan untuk terus menetap di Bali gara-gara kos hidup yang lebih rendah sehinggakan mereka berdua mampu untuk hidup dalam kemewahan. 

Saya bayar $1300 untuk sewa sebuah studio di LA. Kini saya memiliki rumah pokok hanya $400. 

 

Siap ada geng – ‘Black In Bali’

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada Mac tahun lalu, mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke Bali secara haram tanpa visa yang sah selepas ‘terkandas’ di sana. Lebih hebat lagi, dia juga turut berjumpa dengan rakan dari negaranya sendiri yang digelar sebagai ‘Black In Bali’.

Dalam waktu yang sama, tindakan wanita itu semakin membangkitkan amarah netizen apabila dia turut sempat mempromosikan ebook yang ditulis sendiri olehnya untuk memberi panduan kepada orang ramai bagaimana cara untuk berpindah ke Bali sama seperti mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Indonesia tidak berpuas hati dengan tindakan Kristen Gray yang dilihat tidak beradap dan jelas melanggar undang-undang negara. Kes ini semakin hangat dbualkan sehingga mendapat perhatian daripada pihak Imigresen Bali, Indonesia sendiri. 

Memetik detiknews, pihak Imigresen telah menjalankan siasatan untuk menyemak rekod dokumen dan alamat tempat tinggal wanita terbabit.

 

Syak ada ejen terlibat, guna nama palsu

Kris I

Ketua Bahagian Imigresen di Pejabat Wilayah, Eko Budianto telah menghantar pasukannya untuk tindakan lanjut. Menurutnya, pihak mereka mengesyaki bahawa terdapat penglibatan ejen yang menguruskan warganegara Amerika Syarikat itu seperti satu sindiket.

Kami sedang memeriksa data di lintasan kami. Tetapi sejauh ini kami tidak memiliki maklumat yang tepat. Kemungkinan nama tersebut bukan nama sebenarnya.

Pihak Imigresen juga turut memeriksa senarai nama pasangan terbabit di Lapangan Terbang Ngurah Rai namun tiada dalam rekod. Sehingga kini, pihak Imigresen Bali masih memburu Kristen Gray dan pasangannya.

Hasil tinjauan Lobak Merah di laman Twitter, thread yang dimuat naik olehnya juga telah dipadam dan tidak dapat diakses. Walau bagaimanapun, terdapat netizen yang sempat screenshot thread berkenaan di akaun Twitter masing-masing sebelum ianya dipadam pemilik asal.

Baca: “Umur 30 dah rupa Norlia Ghani” – Nama Trending Lepas “Jadi Bahan” Di Twitter, Ini Respon Mama

Baca Tren

Sumber: Twitter
Sumber: detiknews