in

Kreatif! SMK SG Maong Guna Belon Ganti Mercun Ketika Sambutan Tahun Baru Cina Di Sekolah

SMK SG Maong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah sekolah di Kuching, Sarawak baru-baru ini mencuri tumpuan ramai pengguna media sosial apabila pihak pengurusan sekolah tersebut menggunakan belon-belon untuk menggantikan mercun ketika sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah.

Video penggunaan belon untuk menggantikan mercun itu telah dikongsikan di Facebook rasmi sekolah tersebut iaitu SMK Sungai Maong.


Artikel Berkaitan: ”Rosak kereta orang” – Polis Tahan 2 Lelaki Main Mercun Di Tengah Jalan

Artikel Berkaitan: “Group WhatsApp Function!” – Netizen Teruja Lihat Sepakat Penduduk Flat, Meriah Dengan Mercun

Dalam video yang berdurasi 18 saat itu, dapat dilihat puluhan belon telah diikat pada tali panjang dan dipegang dari tingkat tiga sekolah sebelum tali itu ditarik beramai-ramai oleh guru-guru yang berada di tapak perhimpunan sekolah.

belon belon

Belon-belon tersebut kemudiannya pecah setelah ia ditarik melalui lubang kecil yang ada pada mata lukisan ular yang disangkut pada bahagian atas tiang di kawasan perhumpunan tersebut.

Belon-belon yang pecah itu mengeluarkan bunyi seakan bunyi mercun.

Meninjau ke ruangan komen, penggunaan belon untuk menggantikan mercun itu telah dipuji oleh kebanyakan warganet yang berpendapat bahawa idea itu kreatif dan lebih selamat berbanding menggunakan mercun di kawasan sekolah.

Sumber: Facebook Portal Rasmi SMK SG Maong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.