Minggu ini kita nampak semua parti politik rancak berkempen dengan harapan dapat meyakinkan rakyat Malaysia agar undi parti mereka.
Disebabkan itu, ada sebuah kedai menggunakan kesempatan musim Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) ini sebagai ‘modal’ untuk tarik pelanggan ke kedainya.
Guna semua nama parti
Kedai tersebut ada membuat satu bunting untuk menarik pelanggan yang lalu, ianya ada menulis ayat yang dapat meyakinkan produk jualannya begitu bagus sambil menyelitkan nama-nama parti politik yang terlibat untuk PRU15 ini.
BARISAN sate kedai kami ada:
1)ayam yang seDAP
2)daging tenderloin PASti lembut
3)kambing perapan WARISAN
tak mungkin kecewakan HARAPAN anda tak kira usia MUDA atau tua anda BEBAS membeli
marilah BERSATU menyokong sate kami kerana kami PEJUANG sate sebenar!
— brgsjks (@brgsjks) November 15, 2022
Perkongsian itu tular di media sosial dan di Twitter ianya telah meraih lebih daripada 2,000 jumlah retweets dalam masa 7 jam dan rata-rata netizen begitu kagum dengan idea kreatif kedai sate ini. Malah, ada yang terasa macam nak pergi ke kedai ini.
Lokasi kedai ini masih belum dikenalpasti, ada yang tahu ke kedai sate ni kat mana? Kalau area Lembah Klang memang min nak pergi.