in

KPT Pandang Serius Isu ‘Ucapan Kontroversi’ Profesor Dari US, Gesa UM Segera Beri Laporan

ucaptama UM kontroversi

Tular di media sosial X sejak semalam berkenaan seorang profesor sains politik dari Portland State University’s, Bruce Gilley yang didakwa mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi dalam satu program yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pada 23 April lalu, Gilley menyampaikan ucaptama syarahan bertajuk ‘Will Malaysia become an active middle power?’ mendakwa ahli politik Malaysia menyokong H*l*caust kedua terhadap Y*hudi.

IMG 6364

Petikan ucapannya itu juga telah dikongsikan di akaun X, yang mana dia berkata, “negara yang memiliki pemimpin politik yang menyokong H*l*caust kedua terhadap orang Y*hudi tidak akan serius dalam hubungan antarabangsa, dan tidak akan menjadi rakan sekutu dengan Amerika Syarikat.”

Artikel berkaitan: Anak Menteri Besar Direman SPRM, Bantu Siasatan Pemalsuan Dokumen RM600K

Artikel berkaitan: Kementerian Pengajian Tinggi Kecualikan Yuran IPTA, Beri SSPN-i Untuk Anak Mangsa Nahas Helikopter TLDM

KPT mohon UM segera beri laporan isu jemput profesor pro-Isr*el 

Susulan isu berkenaan tular, Kementerian Pengajian Tinggi difahamkan telah membatalkan segera semua program dan aktiviti melibatkan ahli akademik tersebut yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan rasmi di X berkata, dia telah meminta pihak UM untuk menyiasat mengenai perkara itu dan melaporkan segera butiran lanjut.

Beliau juga menggesa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan supaya lebih berhati-hati memilih penceramah serta membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana pihak dalam program yang dianjurkan.

Setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendiriaan kerajaan.

“Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program-program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Gilley dalam kemaskini di X telah memadam postingnya berkaitan isu itu dan difahamkan sudah selamat berlepas keluar dari Malaysia.

Sumber: Malaysiakini