in

KP Kesihatan Sahkan 2 Jenama Mi Segera Yang Ditarik Balik Baru-Baru Ini Selamat

mi segera ditarik balik selamat kkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua jenama mi segera yang diarahkan untuk ditarik balik dari pasaran sebelum ini kerana didakwa mengandungi bahan yang mendorong penyakit kanser iaitu  Mi Kari Putih Penang Ah Lai dari Malaysia dan Indomie Perisa Ayam Spesial disahkan selamat untuk dimakan dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan baru-baru ini berdasarkan analisa makmal yang dilakukan terhadap kedua-dua sampel mi segera tersebut.


Jelasnya lagi, Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan enam tahap pemeriksaan di pintu masuk negara berdasarkan risiko untuk makanan yang diimport.

2041015

Untuk pemeriksaan Tahap 5, iaitu Tahan, Uji dan Lulus (TUL), produk makanan yang memasuki negara akan ditahan dan dianalisis terlebih dahulu dan hanya produk makanan yang mematuhi piawaian yang akan diluluskan untuk pasaran Malaysia tambah Dr Muhammad Radzi dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sejak tahun 2022 sehingga April tahun ini, sejumlah 317 sampel untuk tujuan TUL telah dilaksanakan dan daripada jumlah berkenaan, 37 daripadanya atau 11.67 peratus merupakan TUL bagi sampel produk mi segera pelbagai jenama untuk parameter etilena oksida.

Selain itu, pihak KKM akan bekerjasama dengan syarikat yang didapati produk mereka tidak menepati piawaian yang ditetapkan untuk menarik balik produk mereka dari pasaran.

radzi kp kesihatan

Terdahulu, KKM telah mengarahkan pengeluar untuk mengeluarkan secara sukarela produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai untuk setiap batch yang tamat tempoh pada 25 Ogos 2023 dari pasaran Malaysia berikutan pengesanan etilena oksida dalam produk itu dan juga pada produk Indomie Perisa Ayam Spesial .

KKM juga telah mengeluarkan arahan untuk menahan, menguji dan melepaskan produk mi segera Indomie Perisa Ayam Spesial dari Indonesia di semua pintu masuk negara dan menggesa pengeluar produk tersebut untuk mengeluarkan produk yang terjejas secara sukarela dari pasaran.

Untuk pengetahuan, Etilena oksida adalah gas kimia yang karsinogenik dan sering digunakan sebagai racun serangga. Ia juga adalah bahan aktif dalam pencuci dan tidak dibenarkan digunakan pada permukaan yang bersentuhan dengan makanan.

Baca : KKM Arahkan 2 Produk Mi Segera Termasuk Indomie, Ditarik Balik Dari Pasaran

mi segera tarik balik kkm

Sumber: Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.