Neelofa satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air, selain terkenal dalam bidang pengacaraan Lofa juga cukup dikenal sebagai seorang usahawan yang berjaya.
Namun baru-baru ini nama Lofa menjadi panas selepas salah seorang penaja bagi program popular, MELETOP muat naik status pasal apa yang berlaku sewaktu program itu berlangsung.
NEELOFA KOYA DIVA LAH KAU..Kau ghaso, siapo ghosakkan belon ni??? Serius den sakit hati and sodih.”
https://www.facebook.com/nasronGPH/posts/10156674548478285
Bagi mereka yang tertanya-tanya apa yang berlaku, meh sini admin ceritakan apa yang terjadi.
Admin tak memandai-mandai tapi ini merupakan perkongsian sendiri daripada penaja bagi program tersebut.
Kisah sebenar dari mulut penaja..
“Gambar diatas merupakan susunan asal sebelum start. Lopa masuk nak buat Voice Over, dia dah bising soh alih sikit belon2 besar 1 MIL tu ke belah ruangan tetamu. Kami buat lah juga atas dasar hormat. Last2 masa on air habis dia longgokkan belon tu tengah2 alam ilang seni langsung. Buang masa sponsor. Depan mata kami pulak tu”
“Lepas kami dah alih kan ketengah sbb hormat permintaan dia”
“Last2 dia sendiri alih semua longgok kat tengah.. hancur….”
“Crew kelam kabut pi susun biar nampak bertamadun sikit”
“Hasil akhir setelah di “deko” oleh lopa..”
Rata-rata netizen mengecam tindakan Neelofa selaku personaliti yang sentiasa menjadi tumpuan umum. Malah mereka beranggapan bahawa Neelofa sepatutnya lebih profesional bila berdepan dengan situasi tersebut.
Dalam yang mengecam itu, ada juga yang menyokong tindakan Neelofa. Malah siap ada yang cakap itu merupakan ‘marketing murahan’ penaja yang sengaja nak viralkan cerita supaya company di laku keras..eh betul ke?
Kalau korang nak baca cerita penuh daripada OWNER syarikat yang taja belon tu, boleh klik SINI.
Admin tak nak sebelahkan mana-mana pihak sebab untuk isu ni pun kita just dengar dari sebelah pihak je, melainkan Neelofa bagi statement pasal perkara ni.