Korang percaya tak kalau min cakap yang chainsaw atau gergaji mesin tu sebenarnya diciptakan bukan untuk memotong pokok atau yang seangkatan dengannya tapi sebenarnya ia dijadikan alat bantu bersalin?
Ngeri, bukan? Tapi memang itulah hakikatnya. Jom kita baca lebih lanjut tentang sejarah penciptaan chainsaw ni.

Sebelum wujudnya pembedahan caesarean (C-section), ibu-ibu yang sukar untuk melahirkan kandungan mereka secara normal perlu menjalani satu prosedur yang dikenali sebagai Symphysiotomy dimana sebahagian daripada tulang dan rawan di bahagian pelvis akan dibuang untuk memberi laluan kepada bayi.
Kalau nak tahu, secara tradisionalnya, prosedur Symphysiotomy ini dilakukan dengan bantuan gergaji tangan dan pisau kecil. Pun begitu, disebabkan ketiadaan bius, proses ini sememangnya amat menyakitkan selain memakan masa dan memerlukan pembersihan yang banyak setelah selesai bersalin.
Chainsaw pertama dihasilkan mempunyai ‘hand crank’ yang perlu dipusing untuk digunakan
Diciptakan pada tahun 1780 oleh dua orang doktor, John Aitken and James Jeffray, rupa chainsaw pertama bersaiz hampir serupa dengan pisau dapur moden dengan gigi pisau yang berada pada rantai besi yang kemudiannya akan bergerak dalam bentuk oval.
Untuk pengetahuan, chainsaw pertama ini perlu menggunakan tenaga manusia dimana seseorang perlu memusing hand crank yang ada pada alat ini untuk menggunakannya.
Tak lama selepas itu, ciptaan ini turut digunakan dalam beberapa pembedahan lain sebelum menjadi alatan kerja kayu seperti hari ini.
Wujud lagi ke orang buat prosedur Symphysiotomy ni di zaman sekarang?

Dengan kemajuan teknologi dan penciptaan alatan-alatan pembedahan yang lebih maju dan steril, prosedur Symphysiotomy tidak lagi dilakukan di kebanyakan negara dan telah digantikan dengan prosedur pembedahan caesarean (C-section) yang kita kenali hari ini.
Pun begitu, Symphysiotomy bukanlah sudah pupus sepenuhnya sebab ia masih lagi dilakukan di negara ‘Dunia Ketiga’ dimana bilik pembedahan untuk melakukan pembedahan C-section tidak wujud.
Sumber: Insider
Baca: “Atuk pedo ke apa kau ni?” – Lelaki Belasah Isteri Guna Gergaji Sebab Cucu Taknak Duduk Atas Riba