Fenomena kpop sudah lama menular di seluruh negara dan Malaysia merupakan salah satu negara yang dah berjangkit dengan demam Kpop. Apatah lagi, lagu-lagu Kpop dimainkan di corong radio dan menjadi siulan ramai. Pergi sahaja ke kedai-kedai di mall, pasti akan ada kedai yang memasang lagu Kpop bagi menarik perhatian pelanggan.
Siapa di sini peminat Kpop? Korang pastinya akan bersetuju dengan situasi yang dinyatakan di bawah ini:
1. Peminat Kpop sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit demi oppa mereka
Peminat Kpop akan menabung dan kononnya invest beratus-ratus ringgit untuk membeli bukan sahaja album kumpulan Kpop kumpulan kegemaran mereka, tetapi mereka juga akan membeli merchandise yang lain seperti official light stick fandom mereka yang boleh mencecah hampir RM200! Bukan itu sahaja, peminat Kpop juga sanggup membayar tiket konsert walaupun harganya mencecah RM800. Almaklumlah, bukan selalu dapat tengok oppa mereka di luar skrin laptop.
2. Mereka dalam dilema setiap kali album baru kumpulan Kpop kegemaran mereka keluar
Semestinya management penyanyi Kpop memang bijak berniaga! Adalah menjadi kebiasaan dalam industri Kpop untuk mengeluarkan lebih dari satu versi untuk album mereka. Setiap versi mempunyai lagu yang sama, yang membezakan ialah koleksi photobook, photocards, poster dan freebies di dalamnya.
Sebagai contoh, baru-baru ini kumpulan popular Kpop, BTS mengeluarkan 4 versi album yang berbeza! Jangan terkejut kerana ada yang sanggup membayar jumlah yang besar untuk mendapatkan kesemua versi album tersebut.
3. Peminat Kpop mempunyai folder khas dalam komputer untuk oppa mereka.
Terdapat banyak gambar-gambar penyanyi Kpop di Internet. Taip sahaja nama mereka, pelbagai gambar yang akan keluar, dari gambar selfie, photoshoot, gambar candid, semua ada lah!
Gambar-gambar yang berkualiti ini boleh didapati dengan satu klik sahaja, Jadi, peminat Kpop kebiasaannya akan simpan beratus-ratus gambar oppa mereka yang dirasakan perfect untuk disimpan dan ditenung bila masa ianya diperlukan.
4. Ketiadaan ‘English Subtitle‘ Amat Mengecewakan Peminat Kpop
Video-video di YouTube dan website lain adalah medium untuk lebih dekat dengan penyanyi Kpop kesayangan mereka. Tetapi amatlah menyedihkan apabila video-video ini tiada subtitle dan mereka perlu tunggu lebih lama sebelum ada yang meletakkan subtitle di video-video tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah apabila ada peminat Kpop yang sanggup mengambil kelas bahasa Korea untuk memudahkan mereka memahami perbualan dalam video-video tersebut.
5. Peminat Kpop sanggup lakukan apa sahaja untuk oppa kesayangan mereka
Sekiranya oppa mereka menjadi duta untuk apa jua produk, mereka pastinya akan berusaha untuk mendapatkannya tanpa mengira cara dan harga. Dari barangan kosmetik, kasut, jam malah barangan dapur pun mereka sanggup beli bagi memberi sokongan walaupun produk tersebut tidak menarik atau tiada kepentingan untuk mereka.
Lihat sahaja kasut D’Lites dari jenama Skechers ni. Rata-rata mengatakan design kasut ini tidak menarik. Tetapi masih lagi yang sanggup membeli kasut ini kerana oppa mereka.
Nampak tak betapa hebat penangan Kpop ni? Kiranya apa sahaja berkenaan dengan Kpop mereka on je! Mungkin ada yang tidak dapat memahami golongan peminat Kpop, tetapi ketahuilah bahawa masing-masing ada minat yang tersendiri jadi tak salah untuk kita sama-sama hormat menghormati minat masing-masing.
Baca: 5 Makanan Dibawah RM5 Yang Perlu Dicuba Jika Anda Melancong Ke Seoul, Korea!