in

Korang Kena Tahu Macam Mana 5 Negara Ini Sambut Hari Raya Aidilfitri

1 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umat Islam di seluruh dunia mesti akan sambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal iaitu selepas genap sebulan berpuasa. Confirm macam-macam cara dan budaya yang dilakukan mengikut negara dan tradisi masing-masing. Mungkin ada yang kita nampak pelik dan unik namun hal itu mungkin sudah menjadi normal dalam rutin mereka sewaktu menyambut lebaran.


Korang ada terfikir tak macam mana negara luar sambut Hari Raya Aidilfiri. Agak-agak sama tak dengan Malaysia. Jom kita tengok macam mana diorang sambut Hari Raya di negara diorang.

1. China

Di China, terdapat dua wilayah yang mempunyai komuniti Islam yang paling besar iaitu Xinjing dan Ningxia. Mereka meraikan Hari Raya dengan cuti umum selama sehari.

Di wilayah Yunnan pula, ada orang Islam yang mengembara ke makan Sayyid Ajjal di Wo-erh-to untuk membersihkan makamnya sekaligus membaca ayat suci Al-Quran.

Orang Islam Uighur di Xinjing pula akan menghidangkan sanzi (mee goreng rangup) sebagai hidangan tradisi untuk Hari Raya.

China Eid 1

Sanzi

Bukan tu je, diorang akan pakai baju khas lebaran dimana kaum lelaki akan memakai jaket khas dan kopiah berwarna putih manakala kaum wanita akan pakai baju tebal berserta dengan tudung.

China2 1024X683 1

2. Afghanistan

Kalau korang nak tahu, negara ni sambut Hari Raya sangat unik. Mereka akan sambut Hari Raya selama tiga hari. Apa yang uniknya, mereka akan membuat perlawanan telur secara besar-besaran. Macam mana diorang buat ?

Eid Celebration Various Countries Afghanistan

Ckkgc0 Ueaabuyi

Upacara yang dikenali sebagai Tokhm-Jangi ni, keluarga-keluarga akan merebus beratus-ratus telur lalu mengecatnya dengan pelbagai warna yang ceria. Kemudian, mereka akan berkumpul di taman atau tempat yang terbuka yang lain untuk memecahkan telur warna-warni berkenaan. Unik bukan ?

Bukan tu je, kalau malam pula diorang akan menyalakan unggun api di luar rumah. Sebelum Hari Raya menjelang, mereka akan membuat persiapan dengan membersihkan rumah dan membeli pakaian baru untuk Hari Raya.

3. Turki

Kalau di Turki pula, mereka menganggap Hari Raya sebagai Hari Manisan kerana ianya dikenali sebagai Seker Bayram (Manisan Bayram) dan Ramzan Bayram (Bayram Raamdan). Korang tahu tak Bayram tu maksud dia apa ? Bayram itu istilah yang digunakan untuk cuti umum.

Homemade Baklava 768X512 1

Budak-budak mestilah rasa best sebab banyak dapat kumpul manisan. Diorang akan pergi dari pintu ke pintu meminta manisan seperti manisan Turki dan baklava.

Kalau korang datang beraya kat sini, korang mesti akan selalu dengar ‘Bayraminiz Kutlu Olsun’, ‘Mutlu Bayramlar’, atau ‘Bayraminiz Mubarek Olsun’. Semua ungkapan itu akan diungkapkan sesama mereka ketika berjumpa sambil memakai pakaian khas yang dinamakan Bayramlik.

Turki

Korang tau tak maksud salam yang diorang cakap tu ?

Maksud dia selamat merayakan Hari Raya Bayram atau pun semoga Bayram anda direstui. Bukan itu je, kalau kat Turki kaum lelaki je yang akan pergi solat sunat Aidilfitri di masjid manakala kaum wanita hanya duduk kat rumah je.

4. Arab Saudi

Tidak jauh juga dengan tradisi di negara Malaysia dengan kunjung-mengunjungi ke rumah saudara mara, masyarakat Islam Arab Saudi juga turut mengadakan pertunjukan seni contohnya persembahan teater, pembacaan puisi dan perarakan muzik sewaktu meraikan Aidilfitri.

Su

Part makanan mesti best kan ? Makanan special diorang ialah daging kambing yang dicampurkan dengan nasi dan sayuran tradisional.

2E3E

5. Nigeria

Walaupun negara ini mempunyai penduduk beragama Islam dan Kristian namun masing-masing saling menghormati dan membantu antara satu sama lain apabila tiba sesuatu perayaan. Bagi mereka, Hari Raya Aidilfitri dikenali dengan nama ‘Sallah Kecil’ dan mereka akan mengucapkan salam ‘Barka Da Sallah’ yang membawa maksud Salam Sejahtera di Hari Raya.

Nigeria Eid 1024X683 1

Haa, so korang dah tau kan macam mana negara luar sambut Hari Raya Aidilfitri. Cukup unik kan ? Kalau sesiapa ada rasa nak sambut Hari Raya kat sana boleh lah pergi…

Sumber: Traveloka
Sumber: Traveloka
Sumber: Gamba Hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.