in

“Kononnya meninggal awal tahun 2019” – Wanita Palsukan Kematian Suami Demi Dapat Pampasan PERKESO RM26,000

Palsu Kematian

Kerana terdesak akibat kesempitan wang dan berhutang dengan sebuah syarikat pinjaman wang berlesen, seorang isteri bertindak memalsukan kematian suaminya.

Menurut Berita Harian, ia bertujuan untuk mendapatkan pencen kematian daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Tindakannya membawa padah apabila dia dan suaminya didakwa atas 15 pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret, hari ini.

Hamidah Talaha, 45 dan suaminya Mansor Idris, 46, mengaku bersalah di atas semua pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang telah dibacakan terhadap mereka di hadapan tiga Majistret berasingan.

Perkeso1

Difahamkan, Hamidah menerima bayaran tuntutan faedah pencet penakat (pencen kematian) diberi melalui pindahan ke akaun banknya selepas dia menyerahkan sijil kematian suaminya itu yang dikatakan meninggal dunia pada awal tahun 2019.

Hamidah dilaporkan menerima wang sejumlah RM26,019.40 secara berperingkat mulai 9 Ogos 2019 hingga 1 Oktober 2020. Mengikut kesemua pertuduhan, pasangan suami itu didakwa menipu pengadu lelaki iaitu pegawai eksekutif yang bekerja di PERKESO dengan memperdayakan serta mendorongnya untuk menyerahkan wang tersebut di pejabat PERKESO di Jalang Padungan, Kuching.

Mengikut keterangan kes Hamidah telah menerima:

  • RM7061.02 pada Ogos 2019
  • RM1,354.17 setiap bulan bermula September 2019 hingga Oktober 2020

Perbuatan pasangan itu terbongkar pada 15 Oktober lepas apabila pengadu dimaklumkan oleh salah seorang pekerja Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang juga kenalan tertuduh (Mansor) bahawa tertuduh yang tinggal sekampung dengannya itu masih hidup.

Pihak PERKESO kemudian membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapati pihak JPN telah mengesahkan sijil kematian atas nama tertuduh dan tiada sebab kematian dipaparkan.

Jpn

Pengadu kemudian membuat laporan polis selepas merasakan tertuduh telah memalsukan sijil kematiannya. Majistret Mohd Syukri Mokhtar dan Majistret Zaiton Anuar masing-masing menetapkan 3 November depan untuk menjatuhkan hukum memandangkan pihak penjara kini mempunyai SOP ketat dan belum menerima sebarang banduan dalam langkah mengawal pandemik COVID-19.

Kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah RM20,000, sementara menunggu sebutan kes. Mereka juga diarahkan untuk melaporkan diri di balai polis berdekatan seminggu sekali serta perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Baca: “Komplot dengan adik sendiri” – Kejam! Wanita Tergamak Bunuh Suami Buta Demi Harta Lebih RM2 Juta

Cc 12

Sumber: Dayak Daily