Berita pemergian bekas anggota kumpulan In Team, Suhaimi Saad mengundang rasa pilu rakyat Malaysia. Pastinya ramai yang mengimbau jasa dan kebaikan arwah sepanjang hayatnya semasa hidup.
Antaranya, arwah ada buat satu perkongsian dan nasihat tentang kebaikan mengerjakan solat secara berjemaah, difahamkan ini adalah video terakhir arwah sebelum ditidurkan.
Artikel Berkaitan : Live Suhaimi Saad Kembali Viral, Kongsi Detik Perkenalan Dengan Ina Naim Hingga Berkahwin
Artikel Berkaitan : ‘Pergi’ Pada Usia 43 Tahun, Ini Latar Belakang Bekas Penyanyi Kumpulan InTeam, Suhaimi Saad
Dalam video yang berdurasi 5 minit 10 saat itu, Suhaimi memesan biarpun bekerja sebagai seorang penyanyi, tanggungjawab kepada Allah, isteri dan anak-anak tidak boleh diabaikan, solat kena jaga.
“Masa nyanyi, nyanyi, masa sembahyang berjemaah, sembahyang berjemaah, saya menyanyi karaoke setiap hati, tapi kalau sembahyang berjemaah.”
Tambahnya, adalah baik jika melakukan solat untuk setiap waktu itu secara berjemaah berbanding bersendirian.
Pesanan terakhir Suhaimi Saad kepada semua. Semoga bermanfaat.
27 kali ganda. Semoga kita istiqamah.
Al-fatihah buat allahyarham.
Salam Jumaat semua. pic.twitter.com/9eqWt7RmkI
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) November 17, 2023
Jelasnya lagi, kalau dia tiada di rumah, isterinya, Ina Naim akan melakukan solat jemaah bersama anak-anaknya dan salah seorang anak akan imamkan.
“Kita hidupkan nak buat kebaikan, buat ibadah, buat baik, dapat pahala banyak-banyak, esok dia ‘timbang’, tapi kalu sembahyang sorang, banyak buat dosa, kecam orang, dengki, benci, kena ubah.”
Arwah Suhaimi menjelaskan bahawa dia sudah dididik untuk melakukan solat jemaah sejak dari kecil lagi sebelum mengakhiri kata-katanya untuk solat maghrib dan memohon maaf kepada semua.
Sumber : X